Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Alami: Sikap saya tidak berubah dari AMP hingga Muis; pernah diundang sertai politik

Jul 31, 2021 | 05:30 AM



DARI tahun-tahunnya sebagai Pengerusi Angkatan Karyawan Islam (AMP) dan kemudian sebagai Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Haji Mohammad Alami Musa berkata terdapat satu sifat tentang dirinya yang tidak berubah.



Jika terdapat sesuatu perkara yang tidak disetujuinya, beliau akan menyuarakannya dan tidak akan berdiam diri.



"Saya bukan seorang yes-man. Jika terdapat sesuatu yang saya tidak setuju, saya akan katakannya, tetapi saya akan katakannya melalui saluran yang wajar," ujarnya.



Dalam wawancara dengan media, beliau turut menyentuh mengenai hubungan Muis dengan pemimpin politik.



"Apa yang dilakukan Muis ialah satu perkara yang dihargai di peringkat politik. Kita sebuah negara sekular. Muslim hanya 15 peratus. Tetapi kita meraih sokongan yang baik di peringkat politik," ujar Haji Alami.



Beliau berkata ini menunjukkan usaha baik yang dilakukan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam dahulu dan sekarang, Dr Yaacob Ibrahim dan Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



"Saya gembira bekerja dengan mereka. Saya tidak suka bekerja dengan bos yang lemah. Oleh itu, saya hormati Dr Yaacob Ibrahim dan Encik Masagos Zulkifli," katanya.



Beliau akur antara kritikan yang sering didengarinya adalah Muis melaksanakan projek atau inisiatif tertentu kerana arahan daripada pemerintah. Tetapi beliau menekankan, prinsip dan ajaran agama tidak pernah dikompromi.



"Dalam 10 tahun saya sebagai Presiden eksekutif Muis, tidak sekali pun saya disuruh untuk melakukan sesuatu yang saya tidak suka," ujar Haji Alami.



Beliau memberi contoh fatwa oleh Muis yang membolehkan orang Islam menderma organ di bawah Akta Pemindahan Organ Manusia (Hota).



"Saya ingat dalam satu jamuan dengan Menteri Kesihatan Khaw Boon Wan waktu itu... saya beritahunya kami bersedia masukkan orang Islam dalam Hota.



"Beliau kata 'Alami, anda pasti? Jangan paksa masyarakat untuk sertai Hota'," imbas Encik Alami.



Ditanya jika beliau sendiri pernah diundang untuk menyertai politik, Haji Alami berkata beliau pernah ditanya "enam atau tujuh kali" untuk menjadi calon Parti Tindakan Rakyat (PAP).



Sedang beliau menghargai tawaran itu, Haji Alami berkata beliau berasa lebih selesa menyumbang dalam bidang di luar politik .



"Saya bersyukur dan berterima kasih diberi peluang untuk memainkan peranan saya di luar politik, yang turut menyumbang kepada kesejahteraan Singapura," ujar beliau, yang mempunyai empat anak dan lapan cucu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >