Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Alat baru bantu SME manfaat data baiki niaga

IMDA tawarkan alat dan panduan Risikan Perniagaan (BI) secara percuma
Sep 15, 2021 | 05:30 AM



PERNIAGAAN, khususnya syarikat kecil dan sederhana (SME), boleh menggunakan satu alat dan panduan baru bagi memanfaatkan data dalam syarikat mereka.



Alat dan panduan Risikan Perniagaan (BI) ditawarkan oleh Penguasa Pembangunan Media Infokom (IMDA) secara percuma untuk para peniaga tempatan.



Ia akan memberikan panduan praktikal kepada perniagaan tentang bagaimana untuk menggunakan data bagi memperbaiki objektif perniagaan seperti mengembangkan penjualan produk atau memperolehi pelanggan baru, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, semasa mengumumkannya semalam.



Pada masa sama, langkah perlindungan data sudah diterapkan dalam alat itu, maka perniagaan boleh menggunakan data dengan yakin.



Cik Teo yang bercakap dalam 'Seminar Perlindungan Data Peribadi', juga mengumumkan dua inisiatif lain untuk membantu peniaga melindungi data.



Antaranya ialah kerjasama dengan penyedia insurans siber - QBE Insurance Singapore, Delta Insurance dan Pandamatics Underwriting - bagi mengiktiraf perniagaan yang ditauliahkan dengan penarafan, Data Protection Trustmark.



Selain itu, satu panduan baru bagi amalan perlindungan data untuk sistem ICT serta senarai semak bagi melindungi daripada jenis pencabulan data biasa berlaku dalam sistem IT telah diterbitkan.



Dalam ucapannya, Cik Teo berkata data merupakan sumber baru yang sama penting dengan tanah, buruh, modal dan bahan pembakar.



"Ia mendorong ekonomi digdital yang kemudiannya harus dibina atas dasar kepercayaan.



"Ini sebabnya mengapa sedang kami menyokong perniagaan menggunakan data, kami meminta mereka supaya menerapkan amalan kebertanggungjawaban dan melindungi kepentingan pengguna," ujar beliau.



Prinsip perlindungan data harus diterapkan dalam penggunaan data perniagaan, sama ada bagi memahami pelanggan atau operasi perancangan, menurut Cik Teo.



Disebabkan peri-pentingnya data, Cik Teo berkata SME harus mengambil peluang dan memanfaatkan data sepenuhnya.



Jelas beliau, sekurang-kurangnya menggunakan data boleh membantu SME menguruskan kos dengan lebih baik.



"Mereka boleh kenal pasti bidang perniagaan kurang produktif untuk disemak semula atau mengkhususkan bajet pemasaran yang terbatas, untuk segmen pelanggan yang lebih penting.



"Data boleh menolong mengenal pasti tren baru atau aliran pendapatan baru, termasuk produk baru yang perlu ditambah bekalan dan dijual atau segmen pelanggan baru," tambah Cik Teo.



Maka itu, pemerintah telah memperkenalkan beberapa inisiatif baru untuk menolong perniagaan, khususnya SME tempatan memanfaatkan data.



Menjelaskan tentang alat BI, Cik Teo berkata bahawa pemerintah telah bekerjasama dengan SME untuk mengujinya dan memastikan ia mesra pengguna serta memberikan nilai nyata.



Antara yang mencuba ialah syarikat pembekal peralatan perindustrian, Eligo, yang mendapati arahan alat itu mudah diikuti.



Kata beliau lagi, IMDA juga bekerjasama dengan lapan penyedia huraian untuk menolong perniagaan menggerakkan data mereka dengan mudah dan selamat dari sistem pengurusan data lain ke alat BI itu.



Ini akan membantu SME untuk memulakan prosesnya dengan lebih cepat, tambah Cik Teo.



Selain itu, usaha harus dipergiatkan bagi menggalak budaya data yang ada langkah perlindungan data baik bagi membantu perniagaan membina kepercayaan dengan pelanggan.



Ini sebabnya pemerintah perkenalkan dua inisiatif lain bagi memastikan data dalam sistem IT dijamin dan selamat, menurut Cik Teo.




BANTUAN BARU UNTUK PERNIAGAAN



Pelancaran alat dan panduan Risikan Perniagaan



- bertujuan membantu khususnya SME



- disediakan oleh IMDA secara percuma, boleh dimuat turun dari portal dalam talian



- beri panduan bagaimana peniaga gunakan data untuk baiki perniagaan seperti rangsang penjualan



Kerjasama industri baru dengan penyedia insurans siber



- kerjasama dengan QBE Insurance Singapore, Delta Insurance dan Pandamatics Underwriting bagi mengiktiraf perniagaan ditauliahkan dengan Data Protection Trustmark



- perniagaan ditauliahkan Trustmark nikmati proses permohonan lebih cepat dan diskaun premium dari penyedia insurans siber



- sejak Trustmark dilancarkan pada 2019, lebih 60 syarikat ditauliahkan yang meliputi lebih 60 juta rekod data peribadi



Panduan baru bagi Amalan Perlindungan Data



- Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPC) terbitkan satu panduan baru bagi amalan perlindungan data untuk sistem ICT serta senarai semak bagi melindungi terhadap jenis pencabulan data biasa berlaku dalam sistem IT




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >