GAMBAR peralatan yang boleh "mengimbas tangki minyak" di Pusat Pemeriksaan Tuas dan Woodlands bukan pengimbas, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) semalam.
Peralatan yang ditunjukkan itu sebaliknya ialah prototaip Sistem Pelepasan Penumpang Automatik dalam Kereta atau Automatic Passenger In-Car Clearance System yang sedang dibangunkan untuk ujian bagi mereka yang menaiki kereta dan mahu melakukan pemeriksaan imigresen automatik sendiri menggunakan pengesahan cap jari.