Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Alat pemanas air bantu jimat elektrik

Dec 12, 2019 | 04:58 PM



TIDAK perlu tunggu lama untuk mandi air panas, lebih-lebih lagi dengan cuaca lebih sejuk bulan ini berbanding biasa.



Jenama Italy, Ariston, memperkenal alat pemanas air yang menggunakan teknologi kawalan bijak.



Alat pemanas air model premium Andris2 Top ($459 bagi 30 liter) itu merupakan alat pemanas air simpanan pertama di Singapura yang dilengkapi dengan WiFi di Singapura dengan kawalan aplikasi yang khusus.



Dengan aplikasi Aqua Ariston Net, pengguna mempunyai kawalan penuh ke atasnya dari mana sahaja dan pada bila-bila masa.



Ini juga bermakna pengguna boleh menjimat tenaga selain tidak perlu tunggu lama untuk mendapatkan air panas.



Menerusi aplikasi itu, pengguna antara lain boleh mendapatkan notifikasi menerusi telefon bijak mereka untuk memberitahu yang air panas sudah disediakan untuk mereka mandi.



Mereka juga boleh mendapatkan maklumat tentang suhu air.



Sementara itu, pengguna boleh menggunakan aplikasi tersebut untuk menghidupkan dan mematikan alat pemanas air itu.



Mereka juga boleh menetapkan jadual mingguan agar air panas digunakan hanya bila perlu.



Aplikasi itu akan turut memberi mereka laporan tentang penggunaan tenaga agar pengguna dapat memantau tabiat mereka sendiri.



Menggunakan sofwe ECO EVO, Andris2 Top akan memahami tabiat pengguna dan menyediakan air panas apabila ia diperlukan.



Selain Andris2 Top, Ariston juga menawarkan model Andris2 Lux ($399 bagi 30 liter, $369 bagi 15 liter) dan Andris2 RS ($299 bagi 30 liter, $269 bagi 15 liter) yang bukan sahaja menggunakan teknologi bijak tetapi juga memaparkan seni reka yang mewah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >