Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Alat pemantau elektronik untuk jejak lokasi pengunjung yang baru tiba di S’pura dan sedang jalani SHN

Aug 03, 2020 | 06:45 PM



KESEMUA pengunjung yang memasuki Singapura dan sedang menjalani notis duduk di rumah (SHN) di luar kemudahan yang dikhaskan, tidak lama lagi perlu mengenakan alat pemantauan elektronik.



Mulai 10 Ogos, 11.59 malam, pengunjung sedemikian perlu memakai alat itu sepanjang 14 hari tempoh duduk di rumah itu.



Ini termasuk warga, penduduk tetap, pemegang pas jangka masa panjang, pemegang pas kerja dan tanggungan mereka. Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dikecualikan.



Alat itu merupakan perubahan kepada kombinasi mesej teks, panggilan telefon dan video selain lawatan rumah yang sering digunakan pihak berkuasa untuk memastikan peraturan itu dipatuhi.



Peraturan duduk di rumah itu telah dilanjutkan kepada semua pengunjung yang memasuki Singapura mulai 21 Mac.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >