Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Alat terjemah digital BH mudahkan pembaca fahami perkataan sukar

Raih perak dalam kategori Projek Terbaik bagi Kecelikan Berita di Anugerah Media Digital Asia 2021 WAN-IFRA
Sep 21, 2021 | 05:30 AM



SATU kajian pengguna yang dijalankan mendapati bahawa pembaca Berita Harian (BH) yang semakin berupaya bertutur dalam dua bahasa menghadapi kesukaran memahami perkataan Melayu yang susah.



Kamus Melayu kurang membantu memandangkan ramai yang lebih selesa berbual dan membaca dalam bahasa Inggeris.



Justeru, alat terjemahan dipilih sebagai huraian untuk memudahkan pembaca dwibahasa mendapatkan terjemahan perkataan mahupun frasa Melayu yang sukar mereka fahami kepada bahasa Inggeris.



Demikian menurut Pengurus Produk Kanan, Produk Media Digital SPH, Encik Azhar Kasman yang berkongsi inspirasi di sebalik ciptaan alat terjemahan BH yang baru-baru ini mendapat pengiktirafan di Anugerah Media Digital Asia 2021 WAN-IFRA.



Alat terjemahan tersebut meraih perak dalam kategori Projek Terbaik bagi Kecelikan Berita.



Dilancarkan Jun tahun lalu di laman desktop dan mudah alih BH, ia membolehkan pembaca menterjemahkan berita dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dengan serta-merta.



Selain Encik Azhar, Cik Ji Soo Kim, Pereka Produk, Produk Media Digital SPH dan Encik Suresh Matha, Ketua Teknikal, SPHTECH, turut membantu dalam menghasilkan alat terjemahan tersebut.



Cik Ji berkata:



"Kami mahu menyediakan pengalaman yang lancar bagi kedua-dua laman web dan wadah mudah alih, di mana pengguna boleh memilih perkataan dan menterjemahnya dengan cepat tanpa perlu melalui beberapa langkah dan bersusah payah."



Encik Suresh menambah bahawa proses rekaan dan pembangunan memakan masa sekitar sebulan.



Berkongsi rancangan selanjutnya, Encik Azhar berkata:



"Kejayaan alat penterjemahan ini dan dapatan lanjut daripada kajian pengguna kami menunjukkan bahawa pembaca BH berminat untuk memperbaiki penguasaan bahasa Melayu mereka.



"Pasukan kami kini sedang berusaha menghasilkan ciri permainan - yang juga menggunakan elemen penterjemahan - untuk membantu pembaca kami membina kosa kata Melayu mereka dalam cara yang seronok."



Sebanyak 140 penyertaan diterima bagi Anugerah Digital Media Asia tahun ini, yang pertama kali dilancarkan pada 2009.



Anugerah itu diadakan untuk menghargai organisasi media berita yang telah mendakap strategi media digital dan mudah alih sebagai tindak balas kepada cara orang ramai boleh mendapatkan berita dan maklumat pada hari ini.




"Kami sangat terdorong oleh pengiktirafan terhadap alat terjemahan kami, yang kami bangunkan secara dalaman bersama pasukan Produk Media Digital dan SPH Tech kami untuk memudahkan pembaca kami yang semakin memahami dua bahasa untuk mencari makna kata-kata bahasa Melayu yang sukar.

Ini sejajar dengan matlamat berterusan kami untuk mendorong pembacaan berita dan melestarikan bahasa Melayu."

- Editor Berita Harian, Encik Saat Abdul Rahman mengulas mengenai Anugerah Media Digital Asia 2021 WAN-IFRA yang diterima alat terjemahan di laman web BH.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >