Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Alat terjemahan BH raih perak di Anugerah Media Digital Asia

Aug 24, 2021 | 05:30 AM



ALAT terjemahan Berita Harian (BH) diiktiraf di Anugerah Media Digital Asia 2021 WAN-IFRA semalam, meraih perak dalam kategori Projek Terbaik bagi Kecelikan Berita.



Dilancarkan Jun tahun lalu di laman desktop dan mudah alih (mobile) BH, ia membolehkan pembaca menterjemahkan berita dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dengan serta-merta.



Mengulas mengenai pengiktirafan itu, editor BH, Encik Saat Abdul Rahman berkata:



"Kami sangat terdorong oleh pengiktirafan terhadap alat terjemahan kami, yang kami bangunkan secara dalaman bersama pasukan Produk Media Digital dan SPH Tech kami untuk memudahkan pembaca kami yang semakin memahami dua bahasa untuk mencari makna kata-kata bahasa Melayu yang sukar.



"Ini sejajar dengan matlamat berterusan kami untuk mendorong pembacaan berita dan melestarikan bahasa Melayu."



Di anugerah semalam, Singapore Press Holdings (SPH) turut muncul sebagai pemenang terbesar meraih dua emas dan empat perak dalam enam daripada sembilan kategori yang dipertandingkan.



Laman web The Straits Times (ST) menang emas dalam kategori Laman Berita Atau Khidmat Mudah Alih Terbaik.



Siri video ST, "How To Not Waste Your Annual Leave" - mengenai cara untuk menghabiskan cuti tahunan bagi menghilangkan keinginan untuk melancong sehingga perjalanan antarabangsa disambung semula - juga membawa pulang emas bagi Kempen Iklan Asli/Kandungan Jenama Terbaik.



Pemenang emas itu secara automatik akan disertakan dalam Anugerah Media Digital Dunia WAN-IFRA, di mana mereka akan bersaing dengan penyertaaan pemenang emas dari rantau lain.



Kemenangan ketiga ST adalah dalam kategori Visualisasi Data Terbaik, meraih perak untuk "From 1845 to 2020: See the world evolve through 47,000 headlines".



Laporan ini membolehkan pengguna meneroka evolusi Singapura dan dunia melalui berita utama ST sepanjang 175 tahun.



Ketua editor Kumpulan Media Inggeris, Melayu dan Tamil SPH dan editor ST, Encik Warren Fernandez berkata:



"Kami telah berusaha untuk membuat kemajuan setiap tahun untuk melayani penonton digital kami yang semakin berkembang dengan baik. Anugerah ini akan mendorong kami semua di bilik berita ST untuk terus maju.



"Kami juga gembira bahawa usaha pasukan Berita Harian kami diiktiraf tahun ini ketika kami berusaha mencari cara baru yang kreatif untuk mendekati masyarakat. "



Kumpulan Media Cina SPH pula membawa pulang dua perak.



Yang pertama, bagi Penggunaan Video Dalam Talian Terbaik - yang dianugerahkan bagi siri video empat episod, "Cycle with Zaobao", mengenai empat laluan berbasikal berbeza yang tersembunyi di Singapura.



Siri animasi dwibahasa tujuh episod, yang dihasilkan Penerbitan Pelajar Cina SPH, "Platoon Thumbs Up", juga menang perak bagi kategori Penglibatan Penonton Terbaik.



Sebanyak 140 penyertaan diterima bagi Anugerah Digital Media Asia tahun ini, yang pertama kali dilancarkan pada 2009.



Anugerah itu diadakan untuk menghargai organisasi media berita yang telah mendakap strategi media digital dan mudah alih sebagai tindak balas kepada cara orang ramai boleh mendapatkan berita dan maklumat pada hari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >