WALAUPUN kehilangan kaki kirinya akibat kencing manis, pelawak veteran Singapura, Alias Kadir, tidak mahu melihatnya sebagai beban dan bertekad meneruskan hidupnya seperti biasa.
Alias, atau nama sebenarnya, Mohd Osman Ahmad, 54 tahun, telah menjalani pembedahan memotong kaki kirinya akibat penyakit kencing manis pada Ogos lalu.