PENYANYI dan pelakon, Aliff Aziz, didakwa di mahkamah atas satu lagi tuduhan baru, iaitu berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.
Menurut kertas tuduhan mahkamah, Aliff berkelakuan sedemikian dengan menjerit dan membuat gerak isyarat menggunakan tangannya secara terlampau dekat Orchard Towers sekitar 6.25 pagi pada 10 November lalu.
Satu video yang menunjukkan penyanyi itu bertengkar dalam keadaan mabuk di Orchard Road menjadi tular minggu lalu.
Video kejadian itu yang dimuat naik di media sosial menunjukkan penyanyi tersebut melarikan diri sebelum ditangkap beberapa orang pegawai polis.
Lagi satu video menunjukkan Aliff menjerit sambil menghubungi ayahnya menggunakan telefon bimbitnya sementara pegawai polis sedang cuba menggarinya.
Jika disabit kesalahan, dia boleh dikenakan denda hingga $2,000, atau dihukum penjara hingga enam bulan, atau kedua-duanya.
Ini merupakan tuduhan ketiga yang dihadapkan ke atas selebriti berusia 28 tahun itu.
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
27
0
Aliff Aziz di mahkamah atas perbuatan tidak senonoh
Nov 19, 2019 | 02:53 PM