Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Aliff Aziz didakwa atas tuduhan mencuri

Dituduh curi wang $300; 1 juta rupiah; sekotak rokok dan pemetik api
Sep 04, 2019 | 05:30 AM



PENYANYI dan pelakon Aliff Aziz telah didakwa di mahkamah semalam atas tuduhan mencuri.



Aliff, 28 tahun, menghadapi dua tuduhan dan didakwa melakukan kesalahan itu antara Ogos 2018 dengan Jun lalu.



Menurut kertas pertuduhan, dia didakwa mencuri wang sebanyak $300 dan 1,000,000 rupiah ($97.90) milik seorang individu bernama Raja Yunika Perdhana Putri.



Kejadian itu didakwa berlaku dalam sebuah bilik di Studio M Hotel di 3 Nanson Road antara 12 dengan 3 pagi pada 7 Jun lalu, yang juga Hari Raya ketiga.



Aliff, yang nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, turut menghadapi tuduhan mencuri sekotak rokok dan pemetik api bernilai $15.60 secara keseluruhan milik seorang individu bernama Gurwinder Singh s/o Harwindar Singh di kafe Starbucks di Plaza Singapura.



Kejadian itu didakwa berlaku sekitar 4.45 pagi pada 6 Ogos 2018.



Aliff hadir di mahkamah bersama seorang teman.



Kesnya akan didengar lagi di mahkamah pada 1 Oktober.



Dia dibebaskan dengan ikat jamin $5,000.



Ketika ditemui di mahkamah semalam, Aliff dilihat hadir bersama seorang lelaki yang menurutnya merupakan temannya.



Sementara itu, anggota keluarganya tidak kelihatan di mahkamah.



Apabila ditanya Berita Harian, pelantun lagu Sayang Sayang itu berkata dia kini tinggal bersama keluarganya di Singapura.



Jika didapati bersalah mencuri, dia boleh dipenjara sehingga tiga tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.



Bagi kesalahan mencuri dalam kediaman pula, dia boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan didenda.



Aliff mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi dari Malaysia, Bella Astillah, 25 tahun, pada September 2016.



Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki bernama Mohamad Ayden Adrean yang kini berumur dua tahun. Namun, Aliff dan Bella, atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, bercerai pada 16 Mei lalu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >