Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Aliff Aziz dipenjara dua minggu dan didenda kerana mencuri dan berkelakuan tidak terkawal

Sep 15, 2020 | 06:57 PM



PELAKON dan penyanyi setempat, Mohamad Aliff Aziz, pada Selasa (15 September) dihukum penjara dua minggu dan denda $500 bagi kesalahan mencuri dan berkelakuan tidak terkawal di tempat awam.


Aliff, 29 tahun, telah mengaku bersalah bagi tuduhan itu pada 7 Ogos lalu.


Dia telah mencuri wang tunai sebanyak $300 dan satu juta rupiah ($94) daripada pelakon Indonesia, Raja Yunika Perdhana Putri, pada 7 Jun tahun lalu.


Dalam satu kes lain yang tidak berkaitan, Aliff didapati mabuk di bawah jambatan penghubung pusat beli-belah Orchard Towers pada 10 November tahun lalu.


Dia telah menjerit dengan kuat dan kemudian menendang bumper teksi.



Dia ditangkap setelah bertengkar dengan seorang kenalan.


Ini bukan kali pertama Aliff telah melakukan kesalahan di bawah undang-undang negara.


Pada 2014, Aliff didenda $2,000 kerana mencuri dua telefon bimbit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >