Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Aliff beri bayangan di media sosial mahu rujuk bekas isteri

Jul 09, 2019 | 05:30 AM



SELEPAS lebih sebulan sah bercerai dengan Bella Astillah, pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz, sekali lagi mendapat tumpuan ramai apabila memberi bayangan seolah mahu kembali rujuk dengan bekas isterinya itu.



Walaupun tidak menyebut nama wanita yang dimaksudkan, ramai yang meneka bahawa status yang dimuatnaikkan Aliff di laman Twitter pada 27 Mei lalu ditujukan kepada Bella.



"Ya Allah satukanlah jodoh kami. Seandainya dia bukan jodohku, jadikanlah aku jodohnya," tulis Aliff di kiriman tersebut.



Perkongsian itu membuatkan warga Internet beranggapan Aliff sudah menyesal dengan kesilapannya dan berdoa supaya pasangan itu bersatu merujuk kembali demi anak lelaki.



Bagaimanapun, segelintir warga maya menentang keras kerana bimbang Bella akan terluka lagi dengan sikap bekas suaminya itu.



Semakan di laman sosial penyanyi lagu Sayang Sayang itu mendapati status "luahan perasaan" tersebut tidak lagi ditemui.



Dipercayai Aliff telah memadamkannya.



Sebelum status tersebut dimuat naikkan, Aliff terlebih dahulu mengemas kini laman Instagram beliau - meluahkan perasaan rindu terhadap anak tunggalnya, Mohamad Ayden Adrean.



Namun, segelintir pengikut Instagram Aliff dilihat memberi kata-kata semangat kepadanya, selain mendoakan semoga pemuda itu kekal tabah.



Sementara itu, Harian Metro melaporkan Bella, 25 tahun, enggan mengulas mengenai status bekas suaminya itu.



"Kalau boleh saya tak nak ulas apa-apa sebab baru lagi bercerai. Banyak hati kena jaga. Nanti orang ingat saya tak henti bagi kenyataan. Lagipun status di Twitter itu belum tentu untuk saya," kata pemilik nama sebenar Dayang Nabellah Awang Astillah itu.



Aliff dan Bella bercerai talak satu pada 16 Mei di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur selepas kontroversi mendakwa penyanyi kelahiran Singapura itu didapati curang dengan remaja berusia 17 tahun.



Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia dua tahun.



Aliff juga menyedari statusnya itu akan mendapat pelbagai reaksi tapi mendakwa kata-kata itu datang daripada hatinya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >