Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Aliran kerja kakitangan jagaan kesihatan akan disemak

Mar 10, 2022 | 05:30 AM



MODEL aliran kerja semasa bagi pekerja penjagaan kesihatan akan disemak dan langkah-langkah akan dilaksana bagi mempertingkat kesejahteraan mereka, terutamanya doktor baru, kata Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Koh Poh Koon.



Sebagai langkah pertama, Dr Koh berkata Jawatankuasa Kesejahteraan Nasional bagi Doktor Baru telah dibentuk pada Disember lalu untuk meneliti dan memberikan saranan mengubah amalan dan garis panduan penjagaan kesihatan yang wujud kini bagi mempertingkat kesejahteraan doktor baru.



Melalui jawatankuasa itu, semakan ke atas model aliran kerja dan norma waktu kerja bagi doktor baru akan dijalankan, namun Dr Koh berkata ini harus dilakukan dengan berhati-hati kerana ia akan mempunyai kesan terhadap aliran kerja pekerja penjagaan kesihatan lain yang bekerja di samping doktor baru.



Satu lagi bidang yang akan diteliti adalah keseimbangan asas antara latihan dengan beban kerja perkhidmatan, serta mengubah model tenaga manusia.



"Adalah tidak mampan bagi kita untuk hanya menambahkan 'aliran' pelatih yang melalui sistem untuk memenuhi keperluan perkhidmatan, kerana ini akan akhirnya membawa kepada 'bekalan' doktor yang besar dan menyebabkan terlebih bekalan kemudian.



"Sebaliknya, kita perlu meningkatkan kepentingan dan daya tarikan peranan kerja yang menjadi teras kepada beban kerja perkhidmatan," kata Dr Koh.



Jawatankuasa itu juga akan memberi tumpuan kepada pembangunan kerjaya dan latihan doktor baru, serta kerjasama dengan pihak berkepentingan utama untuk menggalak budaya lebih inklusif di mana doktor baru rasa selamat mengutarakan hal berkaitan keselamatan dan kesejahteraan mereka, serta mencipta bersama dasar dan huraian di peringkat institusi dan nasional.



Saranan awal akan dikemukakan menjelang pertengahan tahun ini agar beberapa langkah segera boleh dilaksanakan, dengan tujuan menyelesaikan saranan akhir menjelang awal 2023, kata Dr Koh.



Dalam pada itu, satu Kumpulan Kerja Tiga Pihak baru juga telah dibentuk bulan ini untuk mengelakkan penganiayaan dan gangguan terhadap pekerja penjagaan kesihatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >