Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Aliran penumpang di Lapangan Terbang Changi junam 82.8% tahun lalu

Jan 20, 2021 | 07:33 PM



LAPANGAN Terbang Changi melihat kemerosotan 82.8 peratus dalam aliran penumpang tahun lalu, menurut perangkaan yang dikeluarkan pada Rabu (20 Jan) di laman kumpulan lapangan terbang itu.


Aliran penumpang merosot dari 68.3 juta pergerakan penumpang melalui lapangan terbang itu pada 2019 kepada 11.8 juta pada 2020, lapor The Straits Times.


Lapangan terbang itu paling teruk terjejas semasa pemutus rantaian jangkitan pada April dan Mei.


Dalam tempoh itu, terdapat kemerosotan 99.5 peratus dalam aliran penumpang, berbanding tempoh sama pada 2019.


Keadaan bagaimanapun bertambah baik sedikit kini dengan penurunan menjadi kurang teruk menjelang hujung tahun apabila aliran merosot sebanyak 97.6 peratus pada Disember.


Penurunan curam itu berlaku setelah pertumbuhan aliran trafik dilihat sepanjang beberapa tahun lalu, dengan peningkatan tahunan dicatat sejak 2016.


Aliran pesawat komersial dan jumlah kargo juga terjejas.


Dalam kumpulan perangkaan yang sama, Changi Airport Group (CAG) mencatatkan kemerosotan pergerakan kargo sebanyak 23.3 peratus dari sekitar dua juta tan pada 2019 kepada 15.4 juta tan pada 2020.


Namun, sudah ada penurunan kecil dari 2018 hingga 2019, memberi isyarat bahawa wabak Covid-19 tidak boleh disalahkan sepenuhnya.


Aliran syarikat penerbangan komersial bagaimanapun menyaksikan kemerosotan ketara 67.2 peratus - dari 382,000 pergerakan melalui Changi pada 2019 kepada 125,000 pada 2020.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >