MADRASAH Aljunied Al-Islamiah bangga dengan pencapaian muridnya dalam satu kajian antarabangsa yang menguji kebolehan pelajar menghuraikan masalah, kata mudirnya, Ustaz Mahmoud Mathlub Sidek.
Pelajar Singapura, termasuk dari sekolah pemerintah dan Madrasah Aljunied, mengatasi 43 negara dan ekonomi lain dalam kemahiran menyelesaikan masalah di bawah Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (Pisa) 2012.