PEMBAHARUAN pucuk pimpinan Persatuan Arab Singapura Alwehdah diharap dapat menyuntik tenaga, ilmu dan pengalaman dalam usaha menghuraikan masalah yang membelenggu masyarakat Arab di sini.
Selain mempunyai lebih ramai anggota muda dan berkelulusan tinggi, jawatankuasa pentadbir badan relawan berdaftar itu kini turut dianggotai kaum Hawa.