Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Amah curi barangan lebih $34,000 daripada pengerusi Kumpulan Lapangan Terbang Changi, keluarga

Mar 20, 2019 | 04:20 PM



SEORANG pembantu rumah yang bekerja untuk pengerusi Kumpulan Lapangan Terbang Changi, Encik Liew Mun Leong, dan keluarganya mencuri barangan bernilai lebih $34,000 daripada mereka.



Barangan itu termasuk jam tangan mewah seperti jam tangan Gerald Genta bernilai $10,000, 115 pakaian bernilai $150 setiap satu, dan dua iPhone dengan aksesori bernilai lebih $2,000.



Selepas perbicaraan 20 hari, Hakim Daerah Olivia Low hari ini mendapati warga Indonesia Parti Liyani, 45 tahun, bersalah atas empat tuduhan mencuri.



Tuduhan kelima memiliki barangan, termasuk beberapa kad ez-link dan dompet yang disyaki didapati secara tipu, ditunda buat masa ini dan akan ditangani pada masa depan.



Hakim Low berkata Parti telah mencuri daripada Encik Liew, dua anaknya Encik Karl Liew dan Cik Liew Cheng May, serta isteri Encik Karl Liew, Cik Heather Lim.



Pembantu rumah itu mula bekerja di rumah keluarga itu di Chancery Lane dekat Dunearn Road pada Mac 2007.



Gaji bulanannya ialah $600 semasa dia berhenti bekerja daripada mereka pada 28 Oktober 2016.



Hakim Low berkata: "Tertuduh tidak diperlakukan dengan teruk dan mengakui bahawa dia mempunyai hubungan mesra dengan keluarga Liew, dan mereka sering memberinya paket merah yang lumayan pada majlis perayaan dan istimewa."



Beliau menambah bahawa selama ini, Encik Liew Mun Leong mendapati barang-barang telah hilang daripada rumahnya dan mengesyaki Parti telah mencurinya.



Encik Liew akhirnya memutuskan untuk menamatkan pekerjaannya pada Oktober 2016.



Parti, yang kini dibebaskan dengan ikat jamin $10,000, akan dihukum Isnin depan. 



Bagi setiap tuduhan mencuri, dia boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan didenda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >