Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Amah dijel 12 bulan kerana curi lebih $20,000 duit majikan hidap demensia

Jan 05, 2022 | 05:30 AM



SEORANG pembantu rumah yang dibayar untuk menjaga seorang wanita tua berusia 82 tahun yang mengalami demensia ringan, telah menggunakan ATM majikannya itu untuk mengeluarkan lebih $20,000.



Dia telah menyelinap dengan kad debit wanita itu sebanyak 23 kali dan mengeluarkan wang.



Sebahagian wang yang dikeluarkan telah dihantar kepada keluarganya di Filipina untuk dibelanjakan.



Wimie Pascual Gubaton, 42 tahun, dijatuhi hukuman semalam 12 bulan penjara selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan mencuri terhadap majikan.



Mahkamah mendengar bahawa Gubaton dibayar oleh Cik Yeh Pei Hoong, warga Singapura berusia 49 tahun yang tinggal bersama suami, dua anaknya dan ibunya yang sudah tua, Cik Goh Gek Kow.



Tugas utama Gubaton termasuk menjaga Cik Goh, dan mereka juga mengongsi bilik tidur.



"Menerusi akuan (Gubaton), (Cik Yeh) dan keluarganya melayannya dengan baik," kata pegawai pendakwa negara (SPO) Ting Nge Kong.



Pembantu itu mendakwa bahawa keluarganya di Filipina menghubunginya pada Mei 2021 meminta wang kerana menghadapi masalah kewangan.



Dia kemudian memutuskan menggunakan kad ATM Cik Goh untuk mengeluarkan wang, kerana tahu ia disimpan dalam beg di bilik mereka. Kad debit itu dipaut dengan akaun bank yang dikongsi bersama anaknya, Cik Yeh.



"(Gubaton) juga mengetahui nombor PIN (nombor pengenalan peribadi) kad Cik Goh kerana dia pernah melihatnya menekan nombor itu pada masa lalu," kata pihak pendakwa.



Sejak Jun hingga Oktober tahun itu, pesalah telah mengeluarkan wang sebanayk 23 kali dengan jumlah wang tunai antara $500 hingga $1,900 tanpa pengetahuan Cik Goh.



Oktober lalu, Cik Yeh mendapati wang tersebut dikeluarkan dan meminta pembantu itu untuk berterus terang dan dia mengaku melakukan perbuatan itu.



Gubaton memulangkan $3,200 kepada Cik Yeh, yang menghubungi polis, kata pihak pendakwa, menggesa hakim untuk hukuman penjara 10 hingga 12 bulan.



Mereka yang mencuri daripada majikan dalam keupayaan seorang kerani atau orang suruhan menghadapi hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >