Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Amah dijel enam minggu kerana beri minum anak majikan susu bercampur air kencing

Jun 09, 2016 | 12:55 PM



SEORANG pembantu rumah warga Indonesia dipenjara enam minggu kerana mencampurkan air kencingnya dengan susu anak lelaki majikannya yang berusia empat tahun, dan memberinya minum.



Ela, 27 tahun, yang mempunyai hanya satu nama, mengaku bersalah pada Isnin (6 Jun) bagi satu daripada dua pertuduhan berkelakuan nakal di sebuah flat di Pine Close pada 16 Okt tahun lepas.



Dia bekerja belum sebulan ketika melakukan kesalahan itu.



Mahkamah diberitahu bahawa pada hari tersebut, isteri majikannya pulang dan menuang air dari termos untuk minum. Beliau minum seteguk air itu, yang kelihatan sedikit kekuningan.



Beliau menunjukkannya kepada ibu mentua dan suaminya. Kedua-duanya minum seteguk dan mendapati rasanya ganjil.



Suaminya kemudian memutuskan menyimpan termos tersebut di dalam bilik tidurnya untuk memerhatikan air itu esoknya. Pada esoknya, beliau mendapati kandungan dalam termos itu berbau hancing.



Apabila ditanya apakah sesuatu berlaku pada air itu, Ela berkata tidak.



Pada 18 Okt, majikannya mendapati dia membasuh termos itu, yang diambilnya dari bilik tidur.



Ela kemudian dibawa ke agensi pembantu rumah. Dia mengakui bahawa pada 16 Okt, dia menyimpan air kencingnya dan menuang sebahagiannya ke dalam botol mengandungi susu kanak-kanak itu.



Dia kemudian memberi susu tercemar itu kepada kanak-kanak tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >