Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Amah dijel kerana seks dengan anak bawah umur majikan

Sep 23, 2015 | 08:30 AM



Seorang pembantu rumah Indonesia dihukum penjara 10 bulan kerana mengadakan hubungan seks dengan anak lelaki bawah umur majikannya.


Wanita berumur 28 tahun itu mengaku pada Isnin (21 Sep) mengadakan hubungan seks dengan remaja berusia 14 tahun itu di rumahnya pada 5 September.


Kededuanya tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah.


Mahkamah diberitahu bahawa tertuduh mula bekerja bersama keluarga remaja itu pada 3 Julai.


Pada kira-kira 7 malam 5 September, remaja itu berada di rumah bersama pembantu rumah tersebut dan seorang lagi pembantu rumah asing. Ibu bapa dan bapa saudaranya keluar.


Remaja itu sedang menunjukkan permainan kad kepada pembantu rumah tersebut apabila dia cuba memeluknya tetapi remaja itu menolak tangannya.


Setelah remaja itu naik ke biliknya wanita itu masuk ke dalam biliknya dan mencium pipi serta lehernya dari belakang.


Remaja itu cuba keluar dari bilik tetapi pembantu rumah tersebut memeluknya dan mula menanggalkan seluar pendek dan seluar dalamnya.


Dia kemudian menanggalkan pakaian remaja itu dan membawanya ke katil lalu mengadakan hubungan seks dengannya.


Remaja itu kemudian memberitahu bapanya apa yang berlaku.


Menggesa mahkamah supaya mengenakan hukuman penjara sekurang-kurangnya 10 bulan, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Nicholas Lai antara lain berkata wanita itu mempunyai sejenis penyakit kelamin, trachomatis chlamydia, lantas meletak remaja tersebut dalam risiko dijangkiti.


Hukuman ke atas pembantu itu diundur tarikh kepada 7 September.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >