Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Amah dipenjara dua bulan kerana pukul bayi empat bulan

Oct 27, 2016 | 08:43 AM



SEORANG pembantu rumah Filipina melepaskan kekecewaan dalam kehidupan peribadinya terhadap anak bongsu majikannya, seorang bayi lelaki berusia empat bulan, dengan memukul muka dan kakinya.

Kesalahan itu terdedah apabila majikan pembantu rumah berusia 38 tahun itu melihat siaran langsung rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) pada telefon bimbitnya untuk melihat apakah anaknya sudah bangun.

Majikan tersebut, seorang suri rumah berusia 39 tahun yang mempunyai empat anak, melihat tertuduh bertindak ganas terhadap bayinya pada 25 April lalu. Beliau membuat laporan polis lima hari kemudian.

Pada Rabu (26 Oktober), pembantu rumah itu dihukum penjara dua bulan selepas mengaku bersalah menampar bayi tersebut sekali, menuding mukanya, menampar tapak kakinya dan menolaknya ke sofa, dan menyumbatkan tuala di mulutnya.

Tertuduh tidak boleh dinamakan untuk melindungi identiti mangsa.

Siasatan menunjukkan majikannya meninggalkan anaknya bersama tertuduh di rumah sementara beliau menghantar anaknya ke kelas tuisyen. Bayi itu sedang tidur apabila mereka pergi.

Semasa di luar, wanita itu melihat siaran langsung di telefon bimbitnya dan melihat anaknya didera.

Pembantu rumah itu mengaku mendera bayi tersebut untuk melepaskan kekecewaannya.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Samuel Koh berkata tertuduh melakukan kesalahan itu walaupun dia telah bekerja dengan ibu bapa bayi tersebut selama tiga tahun dan mereka melayannya dengan baik.

Ketika meminta dikenakan hukuman ringan, pembantu rumah itu berkata beliau amat kesal dan memohon maaf kepada mahkamah dan bekas majikannya.

"Saya melakukan kesalahan ini kerana saya sangat tertekan pada masa itu kerana masalah perkahwinan saya dengan suami saya," kata ibu empat anak itu.

Hakim Daerah Low Wee Ping berkata hukuman berat perlu untuk melindungi anak kecil dan warga tua daripada penderaan oleh penjaga.

Hukuman maksimum bagi kesalahan itu ialah denda $4,000 dan penjara empat tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >