Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Amah ditangkap berkaitan kematian wanita tua di Tampines

Feb 15, 2017 | 08:24 AM



SEORANG pembantu rumah warga Indonesia ditangkap pada Selasa (14 Feb) kerana disyaki membunuh seorang wanita berusia 77 tahun.



Polis berkata pembantu rumah itu akan didakwa di mahkamah bagi tuduhan bunuh pada Rabu.



Wanita tua berkenaan, yang dikenali sebagai Cik Tay Quee Lang, ditemui mati di ruang tamu flatnya di tingkat lika Blok 276, Tampines Street 22, pada Isnin.



Cik Tay, yang menggunakan kerusi roda selepas terjatuh tahun lalu, tinggal di flat itu bersama suaminya, Encik Tan Hee Seng, 70-an tahun.



Encik Tan tiada di rumah semasa kejadian.



Selain Cik Tay, hanya pembantu rumah mereka berada di rumah ketika itu.



Polis berkata mereka menerima panggilan bagi bantuan pada kira-kira 2.10 petang pada Isnin. Paramedik kemudian menemui mayat Cik Tay di tempat kejadian.



Beberapa jiran berkata pembantu rumah itu telah bekerja bagi pasangan berkenaan kira-kira sebulan, dan kedengaran jerutan sejurus selepas kejadian itu.



Seorang jiran yang tinggal di tingkat sama, Encik Ashaari Hasan Basri, seorang jurutera, berkata beliau menghubungi polis selepas mendengar tangisan pembantu rumah itu meminta pertolongan.



"Dia menangis dan menjerit 'ah ma' (nenek dalam dialek Hokkien) dari dalam fat itu, jadi saya bergegas. Dia kelihatan binggung dan hanya memberitahu saya 'ah ma' mengelar dirinya sendiri dengan pisau," kata beliau, 28 tahun.



Encik Ashaari nampak melalui tingkap wanita tua itu terkulai di atas kerusi roda dengan pisau berlumuran darah tertusuk dalam tekaknya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >