Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Amah dituduh bunuh wanita 78 tahun di flat di Tampines

Feb 15, 2017 | 10:56 AM



SEORANG pembantu rumah warga Indonesia berusia 37 tahun didakwa di mahkamah pada Rabu (15 Feb) membunuh seorang wanita warga emas di sebuah flat di Tampines pada Isnin (13 Feb).



Minah, yang menggunakan satu nama sahaja, dituduh membunuh Cik Tay Quee Lang, 78 tahun, di sebuah flat tingkat lima di Blok 276, Tampines Street 22.



Dia tidak menunjukkan sembarang perasaan apabila muncul di mahkamah.



Selain Cik Tay, Minah satu-satunya orang yang berada di flat tersebut semasa kejadian pada kira-kira 2.10 petang itu.



Paramedik mengesahkan Cik Tay meninggal di tempat kejadian.



Beliau, yang berkerusi roda selepas jatuh tahun lalu, tinggal di flat itu bersama suaminya Encik Tan Hee Seng, 70-an tahun, yang tiada di rumah ketika kejadian.



Minah akan ditahan reman bagi penilaian psikiatri di Penjara Wanita Changi dan kembali ke mahkamah pada 8 Mac.



Jika disabitkan kesalahan membunuh, dia menghadapi hukuman mati.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >