SEORANG pembantu rumah warga Indonesia didakwa semalam berhubung kematian anak majikannya - seorang kanak-kanak dalam jagaannya.
Maryani Usman Utar, 30 tahun, didakwa menyebabkan kematian Richelle Teo Yan Jia, satu tahun, "dengan menumbuk lehernya dan mencekik lehernya dengan sekuat daya anda sehingga dia berhenti menangis, dengan pengetahuan bahawa perbuatan itu berkemungkinan menyebabkan kematiannya".