Subuh
5:41
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:31

Amah Indonesia yang tikam majikan lebih 90 kali dijel seumur hidup

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Amah Indonesia yang tikam majikan lebih 90 kali dijel seumur hidup

Apr 24, 2021 | 05:30 AM

SEORANG pembantu rumah dari Indonesia yang menikam majikannya lebih 90 kali di rumahnya di Telok Kurau hampir lima tahun lalu, semalam telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

Bagi kali kedua, Mahkamah Tinggi mendapati Daryati bersalah membunuh Cik Seow Kim Choo selepas ia menolak pembelaan bahawa dia mengalami gangguan mental, keadaan yang boleh mengurangkan tanggungjawab bagi pembunuhan itu.

Cik Seow, 59 tahun, dibunuh pada 7 Jun 2016.

Beliau mengalami 94 tikaman pisau, kebanyakannya di kepala dan leher.

Sebelum ini, Daryati, 28 tahun, menghadapi tuduhan di bawah Seksyen 300(a) Kanun Jenayah - bagi kesalahan menyebabkan kematian dengan niat - yang membawa hukuman mati mandatori.

Namun, di pertengahan perbicaraan 17 hari antara 23 April 2019 dengan 4 Mac tahun lalu, pendakwaraya mengurangkan tuduhan kepada pembunuhan di bawah Seksyen 300(c).

Tuduhan itu membawa hukuman penjara seumur hidup atau hukuman mati, tetapi pendakwa raya berkata ia tidak akan menuntut bagi hukuman mati.

Selepas beliau didapati bersalah di bawah tuduhan baru itu, Daryati mengubah pemikirannya dan memutuskan untuk membela diri berdasarkan tanggungjawab yang dikurangkan, supaya dapat mengurangkan tuduhan kepada kesalahan yang menyebabkan kematian.

Justeru, keputusan mahkamah diketepikan dan perbicaraan berlangsung semula.

Daryati tidak menyangkal perbuatan membunuh Cik Seow, tetapi bergantung pada bukti daripada Dr Tommy Tan bahawa beliau mengalami kemurungan.

Pakar yang ditampilkan pendakwa raya Dr Jaydip Sarkar berkata Daryati tidak mengalami sebarang masalah mental semasa insiden itu.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Valerie Then mendapati bukti Dr Tan kurang kukuh dan kriteria diagnostik tidak dipenuhi.

Hakim Thean berkata laporan Dr Tan itu berdasarkan simptom yang dilaporkan sendiri oleh Daryati dan tidak memuatkan fakta sokongan daripada pihak bebas.

Beliau berkata keupayaan Daryati untuk berfungsi tidak terganggu - dia dapat menyembunyikan beberapa senjata di serata rumah semasa merancang menyerang Cik Seow.

Selepas Daryati didapati bersalah Timbalan Pendakwa Raya Wong Kok Weng menarik balik tuduhan cuba membunuh suami Cik Seow, Encik Ong Thiam Soon, yang berusia 62 tahun.

Daryati, yang mula bekerja dengan keluarga itu pada 13 April 2016 berkata dia dilayan baik.

Namun dia terlalu rindukan rumah dan kekasihnya yang bertugas sebagai pembantu rumah di Hong Kong, dan mula mengatur rancangan untuk mencuri pasportnya dan wang Cik Seow sebelum melarikan diri ke Indonesia.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3