Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Amal senam, jalan pantas demi tingkat kesihatan

Oct 11, 2019 | 05:30 AM



JATUH sekali tidak bermakna jatuh berulang kali.



Malah insiden di mana Cik Siti Zainab Sumadi tergelincir di tandas beberapa tahun lalu membulatkan tekad ibu dua anak itu untuk menguatkan ototnya bagi mengelak diri daripada terjatuh lagi.



Caranya: Kerap bersenam termasuk berjalan pantas hampir setiap hari, selain mengangkat besi di gimnasium serta menjaga diet hariannya.



Hasilnya: Kini pada usia 65 tahun beliau mampu berjalan sejauh 27 kilometer tanpa mengalami kesukaran semasa bernafas.



Malah pada usia tersebut, Cik Siti Zainab masih lagi masuk ke gimnasium untuk mengamalkan kegiatan angkat besi.



"Memang saya pernah tergelincir di tandas beberapa tahun lalu.



"Tapi itu tidak bermakna saya redha dan pasrah sahaja dengan apa yang berlaku.



"Yang pasti saya perlu terus berhati-hati dan pada masa yang sama kuatkan otot agar kejadian serupa tidak berulang," kata nenek tiga cucu itu lagi.



Ibu tunggal itu berkata selepas tergelincir beliau mendapatkan rawatan di hospital dan kemudian menjalani sesi terapi bagi menguatkan ototnya.



Kebetulan semasa itu ototnya sudah mulai kuat kerana amalan senaman yang dilakukannya sejak sekian lama sebelum kejadian itu berlaku.



Beliau kerap berjalan pantas di stadium berdekatan rumahnya - hampir setiap hari.



"Alhamdulillah, dalam tempoh seminggu saya pulih. Mungkin kerana otot dan tulang yang agak kuat telah membantu kurangkan kesan semasa terjatuh itu," jelasnya.



Baru-baru ini beliau berserta adik beradik serta anak-anak saudaranya telah mengadakan sesi berjalan kaki sejauh 27 kilometer yang berlangsung dari tengah malam sehingga 5 pagi.



"Sepanjang perjalanan itu kami berhenti sebanyak dua kali sahaja untuk berehat seketika dan minum air.



"Syukur sepanjang perjalanan saya tidak alami sebarang masalah pun," katanya yang merancang satu lagi sesi berjalan jauh sempena cuti Deepavali akan datang.



Pertengahan tahun ini, Cik Siti Zainab yang juga aktif dengan kegiatan yang berlangsung di stadium Bukit Gombak telah menyertai satu program yang berusaha meningkatkan kesedaran mengenai situasi terjatuh selain membantu warga senja menguatkan tubuh selain lebih fleksibel dan seimbang.



Diberi nama Rolling Good Times, program tersebut juga melengkapkan mereka dengan strategi asas untuk mengurangkan risiko kecederaan sekiranya mereka terjatuh.



Dimulakan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), program itu dihasilkan dengan kerjasama Persatuan Rakyat (PA), Kementerian Kesihatan (MOH) dan Persatuan Fisioterapi Singapura.



Seramai 68 warga senja telah menyertai program perintis itu dan hasilnya lebih 70 peratus peserta telah mencapai kekuatan, selain lebih fleksibel dan seimbang - hasil satu ujian khas yang dijalankan.



Antara lain program tersebut termasuk melalui hadangan yang terdiri daripada beberapa siri cabaran mini, senaman, serta teknik bergolek yang berpotensi mengurangkan risiko kecederaan sekiranya mereka terjatuh.



"Selain itu saya juga melakukan senaman di rumah bagi mengukuhkan apa jua yang dipelajari warga senja seperti saya, bagi mencapai hasil yang lebih baik di akhir program tersebut," kata Cik Siti Zainab yang tidak mengalami sebarang penyakit kronik pada masa ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >