Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Amaran bom palsu di penerbangan Scoot Cebu-S’pura: semua 150 penumpang dan kru selamat mendarat

Jun 03, 2019 | 10:08 AM



 



 



Pesawat Scoot dari Cebu ke Singapura yang terbabit dalam amaran bom palsu selamat mendarat di Lapangan Terbang Changi pada Ahad (2 Jun).



Ia membawa 150 penumpang dan kru.



Dua pesawat pejuang F-15SG milik Angkatan Tentera Udara Singapura (RSAF) telah dikerah untuk mengiringi pesawat itu.



Menulis di Facebook pada 6.15 petang pada Ahad,  Menteri Pertahanan Ng Eng Hen berkata amaran bom itu telah dikenal pasti sebagai amaran palsu.



“Angkatan Bersenjata Singapura menganggap setiap ancaman sebagai benar dan serius, sehingga ia dibukti sebaliknya. RSAF akan sentiasa berwaspada,” kata Dr Ng.





 



Jurucakap itu berkata semua 144 penumpang dan enam kru keluar dari pesawat seperti biasa dan dikenakan pemeriksaan keselamatan.



Pada 26 Mac, penerbangan Singapore Airlines dari Mumbai selamat mendarat di Lapangan Terbang Changi selepas juruterbang memberikan amaran tentang ancaman bom. Seorang perempuan dan kanak-kanak ditahan bagi siasatan polis.



Pada Oktober 2018, seorang lelaki berusia 41 tahun didenda $4,500 selepas bergurau bahawa beliau mempunyai bom dalam begnya, semasa dalam penerbangan Scoot.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >