Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Amazon tambah lagi 200 pekerja di S'pura jelang 2022

Oct 28, 2021 | 05:30 AM



SYARIKAT teknologi Amazon akan menambah 200 lagi pekerjaan di Singapura menjelang 2022 sebagai sebahagian daripada usaha memperluaskan perniagaannya di sini.



Pekerjaan itu terdiri daripada jawatan di jabatan perniagaan pengguna dan korporat, dengan lebih 110 tempat kosong kini sudah tersedia, kata syarikat itu dalam kenyataan semalam.



Sejajar dengan rancangannya untuk mengembangkan perniagaannya di Singapura, syarikat tersebut melancarkan pejabat baru di bangunan Asia Square berdekatan Marina Bay semalam.



Pelancaran itu dihadiri Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong.



Encik Gan berkata Singapura kini menjadi pangkalan serantau bagi banyak syarikat berbilang negara yang ingin meluaskan perniagaan, membantu produk baru atau mengakses pasaran Asia Tenggara yang berkembang.



"Khususnya, semakin banyak syarikat teknologi global sedar tentang permintaan yang meningkat bagi kededua perkhidmatan pengguna dan korporat di rantau ini, dan menubuhkan ibu pejabat serantau mereka di Singapura," kata Encik Gan.



Amazon telah melabur di Singapura sejak 2010, dan Singapura merupakan tempat pertama ia bertapak di Asia Tenggara, ujar Encik Gan lagi.



Tambahnya, syarikat itu juga telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan bagi warga Singapura dalam peranan teknologi dan bukan teknologi, termasuk dalam perkhidmatan awan (cloud), operasi dan logistik, serta kejuruteraan data.



Amazon kini menggajikan sekitar 2,000 pekerja di Singapura, kebanyakannya warga Singapura atau penduduk tetap, dalam pelbagai unit perniagaan Amazon dalam jabatan korporat dan juga operasi, katanya.



Selain menyediakan peluang pekerjaan, syarikat itu menyokong masyarakat perniagaan di sini, kata Encik Gan.



Ini dilakukan dengan menyediakan wadah bagi syarikat setempat untuk menjual produk mereka, dan menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk membantu penjual setempat meluaskan pendekatan mereka.



Syarikat itu juga terus komited untuk melabur di Singapura, dan ini dipaparkan oleh pembukaan pejabat barunya di Asia Square, kata pengurus negara Amazon Singapore, Encik Henry Low.



Pembukaan pejabat itu juga mencerminkan potensi jangka panjang negara ini menjadi pemimpin dalam ekonomi digital global, tambahnya.



"Cara kami bekerja telah diubah selama-lamanya oleh pandemik, jadi sedang pasukan kami terus berkembang di sini, ruang baru itu akan memastikan mereka akan mempunyai cukup ruang untuk bekerjasama, reka bersama, dan terus berinovasi untuk pelanggan kami," kata Encik Low.



Pejabat baru seluas 100,000 kaki persegi itu meliputi ruang di tiga tingkat dan boleh menampung 700 pekerja daripada jabatan perniagaan pengguna dan korporat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >