WAWANCARA DENGAN PRESIDEN

Ambil berat peranan sebagai tokoh penyatu masyarakat

DARIPADA jadual yang sibuk - dengan 30 lawatan kerja ke luar negara dalam enam tahun - kepada usaha membina semangat kemasyarakatan di kalangan warga, Presiden Tony Tan Keng Yam memainkan peranan penting di dalam negara dan semasa mewakili Singapura di luar negara sepanjang berbakti sebagai Presiden Singapura.

Beliau menyifatkan jawatan Presiden yang dipegangnya itu sebagai tugas paling sukar yang pernah disandangnya sepanjang kerjayanya dalam sektor awam kerana seorang presiden memainkan berbilang peranan dan ada di antaranya tidak begitu difahami orang awam.