Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ambil gambar dada, seluar dalam: Peguam digugur dari senarai peguam

May 20, 2022 | 05:30 AM



SEORANG peguam muda yang mengambil gambar dada dan seluar dalam rakan sekerjanya digugur dari senarai peguam semalam.



Dalam penghakiman bertulis, mahkamah tiga hakim berkata hukuman penjara empat minggu yang dijatuhkan kepada peguam yang ingkar dalam prosiding jenayah tidak boleh dianggap faktor untuk mendapatkan sekatan tatatertib yang lebih ringan.



Mahkamah juga berkata, walaupun lelaki itu berada dalam tahun pertama latihannya ketika dia melakukan kesalahan itu, ia tidak mewajarkan hukuman yang lebih ringan.



Lelaki yang tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah untuk melindungi mangsa kini dipercayai bekerja sebagai penasihat undang-undang dalaman sebuah perniagaan di Indonesia.



Pada April 2017, lelaki itu, yang pada masa itu berusia 26 tahun, dan mangsanya, seorang pelatih yang berusia 23 tahun, berada di pejabat bersama apabila dia bersandar di mangsanya dengan alasan membaca skrin komputernya.



Ketika mangsanya sedang bersandar di kerusinya, lelaki itu mengambil kesempatan untuk melihat pakaian dalamnya dan mengambil gambar dada mangsa itu dengan telefonnya.



Dia kemudian secara diam-diam mengambil beberapa gambar seluar dalam mangsa itu sebelum melihat gambar-gambar itu dan memadamnya.



Pada Oktober 2017, mangsanya, sedang makan tengah hari seorang diri di pejabat apabila lelaki itu memasuki biliknya dan duduk di atas lantai sebelum mengambil beberapa gambar seluar dalam mangsa dan berdiri serta menekan pahanya pada lengan mangsa itu.



Mangsa itu membuat laporan polis pada 7 November 2017 dan lelaki itu meletak jawatan pada 15 November 2017.



Pada 8 Jun 2020, lelaki itu mengaku bersalah atas dua pertuduhan menghina kehormatan mangsa dan dia dihukum penjara selama empat minggu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >