Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ambil langkah cegah elak kemalangan maut libat kenderaan di tempat kerja

Jun 26, 2018 | 05:30 AM



KEMALANGAN melibatkan kenderaan menjadi antara penyumbang utama terhadap kematian yang berkaitan dengan tempat kerja.



Tahun lalu, sebanyak 14 kes telah dilaporkan dan ini merupakan satu pertiga daripada jumlah keseluruhan kecederaan yang membawa maut.



Lantas, pemerintah telah mengambil langkah pencegahan dengan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pemandu menerusi kempen Pandu Selamat, Kerja Selamat.



Meskipun jumlah tahun ini lebih rendah berbanding tahun lalu, dengan dua kematian berpunca daripada kemalangan kenderaan di tempat kerja pada lima bulan pertama, Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia) Zaqy Mohamad berkata kemalangan sebegini boleh dielakkan.



"Insiden kemalangan melibatkan kenderaan adalah penyumbang utama terhadap kematian yang berkaitan dengan pekerjaan tahun lepas.



"Separuh daripada kemalangan tersebut berlaku di tempat kerja, manakala separuh lagi di jalan raya awam.



"Tahun ini, terdapat tanda awal perbaikan, dengan hanya dua kematian akibat kemalangan kenderaan pada lima bulan pertama tahun ini.



"Saya berharap jumlah ini berhenti di sini, dan saya fikir ia boleh dilakukan, kerana daripada apa yang telah kita pelajari, kejadian sedemikian dapat dicegah," kata Encik Zaqy ketika berucap di pelancaran kempen tersebut di premis Woodlands Transport Holdings di Gul Circle semalam.



Kempen itu merupakan daya usaha Majlis Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH) bagi menekankan kepentingan menghindari kemalangan kenderaan.



Kempen Pandu Selamat, Kerja Selamat ini adalah yang pertama daripada tiga fasa kempen WSH Kebangsaan 2018.



Ia bertujuan mengetengahkan bagaimana cabaran keselamatan dan kesihatan di tempat kerja yang dihadapi pemandu dapat diuruskan dengan lebih baik melalui amalan keselamatan kenderaan yang baik.



Justeru, menurut Encik Zaqy lagi, kededua majikan dan pekerja perlu memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terjamin.



"Semua pihak mempunyai tanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja - majikan dan juga pekerja.



"Majikan perlu mewujudkan satu budaya cermat di tempat kerja agar dapat membentuk satu budaya mencegah di dalam pertubuhan dalam jangka masa panjang.



"Pemandu juga harus memainkan peranan mereka dalam meningkatkan piawaian WSH.



"Mereka harus mematuhi garis pandu keselamatan dan tidak mengambil langkah mudah, seperti menarik brek tangan sepenuhnya atau menggunakan penyendal roda (wheel chocks) apabila diperlukan.



"Di samping itu, mereka juga perlu proaktif dalam menjaga kesihatan mereka, seperti beristirahat dengan secukupnya sebelum sambung memandu dan melakukan senaman regangan agar dapat melegakan otot selepas membuat perjalanan jauh," tambah Encik Zaqy.



Tahun ini, ahli jawatankuasa WSH telah menetapkan matlamat untuk meningkatkan jumlah pendekatan pemandu sebanyak dua kali ganda, kepada 20,000 pemandu.



Antara usaha pendekatan yang dilakukan tahun ini termasuk menghasilkan satu video pendek yang memaparkan dan memberi tumpuan kepada amalan kenderaan yang selamat serta pentingnya berehat dan melakukan senaman. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >