Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FOKUS BERITA

Ambil langkah proaktif cegah penularan denggi

May 19, 2022 | 05:30 AM



KATA pepatah mencegah itu lebih baik daripada mengubati memang sesuai diamalkan dalam konteks di mana banyak kes denggi sedang dicatatkan hari ini.



Itulah yang giat diamalkan Encik Amirul Hairi Mohamed Rawi, sedang kawasan dalam estet perumahannya menjadi antara titik panas kelompok kes denggi.



Bimbang dengan hal tersebut, peguam korporat berusia 41 tahun itu yang tinggal dalam kejiranan privet Eng Kong Cheng Soon dekat Bukit Timah mengambil langkah-langkah pencegahan bagi memastikan keluarganya tidak dilanda penyakit denggi.



Antara lain bapa dua anak itu memastikan piring alas bagi setiap pasu bunganya dibersihkan dan tidak bertakung air, tiada air yang bertakung dalam baldi atau longkang, selain meletakkan ubat cegah jentik-jentik di sudut-sudut yang berpotensi membiak nyamuk.



Selain itu beliau sekeluarga akan pastikan keluarganya tidak berada di luar rumah dan kesemua tingkap ditutup menjelang maghrib.



"Salah seorang anak saya, ibu dan adik ipar saya juga telah disahkan menghidap Covid-19.



"Anak saya dan adik ipar saya sudah sembuh, tapi kami masih berwaspada memandangkan kes denggi yang bertambah dalam kawasan kejiranan kami.



"Sebab itulah apabila menjelang maghrib kami duduk di dalam rumah sahaja," jelasnya.



Menurutnya kejiranan telah menjalani kerja pengabutan yang dilakukan kakitangan Agensi Sekitaran Nasional (NEA).



Kawasan rumah mereka turut diperiksa secara teliti oleh para pegawai NEA yang meronda.



Mujur beliau sedang bekerja di rumah semasa pemeriksaan mengejut itu dijalankan dan beliau sendiri diberi taklimat secara langsung akan langkah-langkah yang patut diambilnya bagi menangani sebarang masalah takungan air.



"Pegawai yang datang itu kata pemeriksaan dibuat selepas banyak kes dikesan dalam kejiranan ini," katanya lagi.



Sejak awal tahun ini, Singapura telah mencatatkan lebih 8,500 kes denggi - lebih banyak kes berbanding sepanjang tahun lalu dan lebih tinggi berbanding keseluruhan tempoh yang sama setiap tahun sejak 2018 hingga tahun lalu.



NEA telah memberi amaran bahawa Singapura akan menyaksikan tercetusnya banyak kes denggi tahun ini, terutamanya sejak kes-kes tersebut melonjak sebelum kemuncak musimnya - bermula Jun hingga Oktober.



Seorang penduduk sebuah flat lima bilik di kawasan Woodlands, Cik Kamisah Kassim, 66 tahun pula berkata kehadiran para pegawai NEA telah membantunya dan empat anggota keluarganya yang lain untuk mengambil langkah lebih proaktif berkaitan tempat yang mungkin bertakung air.



"Selain piring di bawah pasu bunga, terdapat satu lagi tempat yang mungkin saya terlepas pandang - tadahan di bawah rak-rak pinggan mangkuk yang dikeringkan.



"Pegawai NEA yang datang masuk ke rumah saya mengingatkan saya bahawa memang biasa kami terlepas pandang tempat itu.



"Padahal kami berhadapan dengan rak-rak tersebut setiap masa," jelas pesara dan ibu empat anak itu lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >