PERANCANGAN Perubahan Industri (ITM) boleh dipertingkat pada masa depan dengan mengambil pendekatan secara berkelompok bagi memanfaatkan sinergi di antara industri.
Dalam laporannya, Jawatankuasa Ekonomi Masa Hadapan (CFE) berkata pendekatan berkelompok adalah penting dalam usaha membangunkan dan melaksanakan ITM, agar perancangan itu tidak dibataskan oleh sinergi dalam industri sahaja.