Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BAHAS BELANJAWAN: EHWAL MASYARAKAT ISLAM

Ambil pendekatan tangani isu sensitif dengan cukup teliti

Mar 09, 2021 | 05:30 AM



Berikut respons Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar Dr Mohd Maliki Osman mengenai isu tudung:



SAYA ingin meyakinkan masyarakat kita dan juga jururawat wanita Islam bahawa kita mengambil serius perkara ini.



Kami terus melibatkan pemimpin kesatuan, asatizah dan anggota masyarakat yang dihormati- dan membentangkan keprihatinan pemerintah dan pemimpin masyarakat lain serta anggota masyarakat bukan Islam lain.



Mereka bersetuju bahawa ini isu sensitif yang perlu dikemukakan dalam perbincangan tertutup.



Mereka juga bersetuju bahawa penyelesaiannya tidak mudah dan kita tidak harus tergesa-gesa untuk mencari penyelesaian tanpa mempertimbangkan keprihatinan lain.



Sama ada Encik Faisal Manap mengambil bahagian dalam sesi-sesi ini atau tidak, saya rasa yang penting sebahagian besar daripada masyarakat telah dilibatkan dalam rundingan ini dan kami terus berunding dengan mereka.



Kita gunakan seragam sebagai contoh. Seragam digunakan untuk menunjukkan identiti bersama, yang kemudiannya boleh digunakan untuk mengukuhkan hubungan (antara rakan sekerja).



Dalam kes khidmat kesihatan awam, seragam menunjukkan bahawa kakitangan kesihatan kami bersikap neutral dan memberikan penjagaan sama tidak kira bangsa atau agama.



Ini peringatan kepada kededua kakitangan kesihatan serta mereka yang menerima khidmat penjagaan tersebut.



Selain itu, seragam juga memenuhi keperluan operasi dan keselamatan.



Jururawat Islam kita dan rakan kerja mereka terus menjalankan tugas mereka dengan bangga dan profesionalisme.



Ini terbukti melalui pengalaman peribadi kita.



Dua bulan lalu saya dimasukkan ke hospital dan saya dapat lihat mereka menjalankan tugas dengan hormat.



Yang lebih penting, mereka menjalankan tugas semasa krisis nasional seperti SARS dan Covid-19 baru-baru ini.



Ada pemimpin agama Islam yang telah memberikan panduan bahawa orang Islam perlu menyesuaikan diri dan pada masa yang sama berpegang kepada kepercayaan mereka apabila hidup dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama.



Ini penting untuk kita di Singapura.



Kita perlu mengelakkan situasi seperti di negara lain di mana isu seperti paparan keagamaan diutamakan dan menjadi perkara yang menyebabkan perpecahan di antara kumpulan berbeza.



Contohnya, dua tahun lalu, Imam Besar Al-Azhar, Dr Ahmed Al Tayyed, menyentuh tentang isu tudung semasa syarahan Muis di Singapura pada 2018, dan saya moderator buat sesi ini.



Memberikan responsnya berkaitan isu di mana tudung tidak dibenarkan di beberapa tempat kerja, Imam Besar menjelaskan bahawa walaupun Islam menyuruh wanita untuk memakai tudung, beliau menasihatkan wanita Islam untuk tidak meninggalkan pekerjaan mereka hanya kerana mereka tidak dibenarkan memakai tudung.



Beliau menasihatkan mereka untuk tidak menjadikan hijab isu yang menentukan kehidupan sehingga mereka tidak ada pilihan kecuali untuk meninggalkan pekerjaan mereka.



Seperti yang beliau tekankan, ada peraturan dalam Islam yang membenarkan wanita Islam untuk membuka tudung disebabkan keperluan pekerjaan.



Berkaitan isu yang menjejas ruang bersama, kita harus mengambil pendekatan yang cukup teliti.



Encik Faisal Manap mungkin tidak bersetuju dengan pendekatan yang diambil tetapi hakikatnya ini pendekatan kami.



Pemimpin agama dan masyarakat kami telah memberikan sokongan mereka terhadap pendekatan ini kerana mereka memahami isu-isu ini, terutama sekali yang melibatkan isu sensitif agama dan bangsa, cukup kompleks dan sebarang keputusan berkaitan isu ini tidak boleh diambil remeh.



Kita juga perlu pastikan pendekatan dalam membincangkan isu-isu ini dapat memelihara keharmonian antara semua bangsa dan agama di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >