Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ambil suntikan penggalak kedua atas ajakan anak

Jun 28, 2022 | 05:30 AM



CIK Aminah Jumaat antara warga emas yang dilihat mengambil suntikan vaksin atau penggalak Covid-19 di pusat vaksin mudah alih di Nee Soon Central apabila ia dibuka pagi semalam.



Beliau telah ke sana untuk mendapatkan suntikan keempatnya, iaitu suntikan penggalak kedua, untuk melindunginya daripada jangkitan koronavirus itu.



Suri rumah berusia 67 tahun tersebut berkata beliau diajak ke pusat vaksinasi mudah alih di Jawatankuasa Penduduk (RC) Zon 3 Nee Soon Central di Blok 701 Yishun Avenue 5 itu oleh salah seorang anaknya.



Sebelum ini, ibu tiga anak itu telah ke kelab masyarakat dekat tempat tinggalnya di daerah Yishun Ring Road bagi mendapatkan tiga suntikan vaksin.



Namun memandangkan kelab masyarakat itu tidak lagi menawarkan khidmat vaksinasi, anaknya telah mengajaknya ke pusat vaksinasi mudah alih di Nee Soon Central.



"Saya ikut sahaja apa anak saya sarankan. Beliau kata lebih baik pergi dapatkan suntikan penggalak ini awal kerana nanti pun saya akan perlu ambil juga," kata Cik Aminah.



Semalam, tiga pusat vaksinasi mudah alih di kawasan perumahan kembali dibuka, iaitu di Nee Soon, Telok Blangah dan Ansar di Chai Chee.



Pusat-pusat itu dikendalikan oleh pasukan vaksinasi mudah alih yang akan berada di sesebuah lokasi selama dua hingga tiga hari sebelum beralih ke lokasi selanjutnya.



Sebanyak 25 pasukan akan dikerahkan ke hingga 50 lokasi di serata negara dalam dua hingga tiga minggu akan datang bagi memudahkan warga emas mendapatkan suntikan vaksin dan penggalak mereka.



Sejauh ini, sekitar 70,000 warga emas belum mendapatkan suntikan penggalak mereka.



Bagi Cik Aminah, beliau melihat suntikan vaksinasi dan penggalak sebagai satu usaha untuk mengelakkan dirinya daripada dijangkiti Covid-19 atau daripada mengalami simptom teruk jika dijangkiti.



Cik Aminah berkata beliau ada mengalami selesema dan lemah badan sekitar lima bulan lalu namun tidak pasti sama ada ia adalah jangkitan Covid-19.



"Apabila saya mula sakit, saya mengasingkan diri saya supaya ahli keluarga lain pun tidak menjangkit. Mujur saya baik dalam masa lima hari dan simptom yang saya alami juga ringan sahaja," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >