Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ambil ujian ART sebelum berkunjung sempena Tahun Baru Cina

Jan 22, 2022 | 05:30 AM



INDIVIDU yang bakal menyambut Tahun Baru Cina digalakkan mengambil ujian pantas antigen (ART) sebelum kunjung-mengunjung, terutamanya jika terdapat warga emas atau ahli keluarga yang tidak divaksinasi.



Berkata demikian semasa sidang media Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) semalam, Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong menjelaskan bahawa melakukan ART dapat memberi keyakinan bahawa individu itu bebas daripada jangkitan Covid-19 dan tidak akan menjangkiti orang lain ketika mengunjungi mereka.



"Jika anda rasa kurang sihat, sila rehat di rumah dan usah keluar kunjung-mengunjung semasa tahun baru nanti," katanya.



"Jika kita semua terus menjaga tanggungjawab peribadi dan sosial serta terus memainkan peranan masing-masing, kita dapat mengatasi gelombang Omicron ini dengan selamat, dan boleh menuju ke arah menjadi negara yang berdaya tahan terhadap Covid19," tambah Encik Wong.



Langkah pengurusan selamat (SMM) sedia ada akan kekal sepanjang tempoh Tahun Baru Cina, kata MTF.



Ini termasuk had lima orang bagi pengunjung ke rumah setiap hari dan hanya kumpulan lima orang dibenarkan makan bersama di restoran.



Tempahan beberapa meja di restoran bagi jumlah melebihi had tersebut tidak dibenarkan kecuali bagi mereka yang tinggal serumah, kata Kementerian Kesihatan (MOH).



Selain itu, acara keagamaan atau kebudayaan besar-besaran termasuk perarakan keagamaan atau jamuan makan malam masih tidak dibenarkan untuk mengelak daripada berlakunya acara yang menyebabkan jangkitan beramai-ramai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >