Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ambulans baru upaya basmi kuman

Apr 16, 2021 | 05:30 AM



DUA kenderaan komand serta sebuah ambulans baru yang berupaya membasmi kuman secara automatik akan memperluas keupayaan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) termasuk kemampuan mereka dalam menangani pandemik pada masa depan.



Ambulans generasi ketujuh itu dan Kenderaan Komand Hadapan (FCV) dan Kenderaan Komand (CV) merupakan aset-aset baru SCDF yang diperkenal semalam sewaktu seminar rancangan tugas SCDF.



Bagi FCV dan CV, kenderaan itu juga boleh ditukar dan berfungsi menjadi pusat komand dalam mengendalikan operasi lebih mencabar, contohnya, kebakaran besar atau nahas pesawat yang memerlukan ramai kakitangan dan peralatan dari balai-balai bomba berbeza.



Kenderaan tersebut yang merupakan hasil kerjasama antara SCDF dengan Agensi Sains & Teknologi Pertahanan (DSTA) serta Singapore Technologies Engineering - akan menggantikan secara bertahap, lapan FCV dan lima CV sedia ada dalam kumpulan kenderaan SCDF mulai Julai tahun ini.



Kededua FCV dan CV baru itu dilengkapi teknologi pengawasan secara langsung dengan menggunakan alat seperti dron, kamera yang dipasang pada tubuh pegawai, kamera litar tutup sekitaran tempat kejadian dan sebuah tiang yang dapat mengawasi sekitaran.



Pasukan petugas yang dikerah untuk mengendalikan insiden boleh melihat tempat kejadian dengan sepenuhnya menerusi panel berbilang skrin yang memaparkan rakaman dari kamera-kamera tersebut.



SCDF menjelaskan, ketika mengendalikan operasi yang membabitkan insiden besar, beberapa CV boleh dikerah dan setiap CV akan mengendalikan aspek-aspek khusus yang berlainan dalam operasi itu seperti pengendalian operasi, perancangan dengan agensi berkaitan lain, pengurusan logistik, teknologi maklumat dan perhubungan dan media.



Selain kededua kenderaan komand tersebut, ambulans baru SCDF pula dilengkapi sistem penyembur pembasmi kuman di dalamnya.



SCDF berkata, ini akan membolehkan paramedik membasmi kuman pada kenderaan tersebut dalam 20 minit berbanding sekarang yang memerlukan sekitar sejam untuk berbuat demikian dengan menggunakan alat lain.



Dibangunkan bersama Agensi Sains dan Teknologi Home Team, ambulans itu akan dilancarkan secara bertahap mulai separuh kedua tahun ini.



Selain kemudahan pembasmian kuman, ia juga mempunyai panel solar dan sistem pengecas cerdas yang mengutamakan peralatan perkhidmatan kecemasan penting, sekali gus membolehkannya untuk dikerah ke tempat kejadian tanpa kemudahan kuasa elektrik.



Bagi membantu paramedik mengendalikan pesakit, ambulans itu turut mempunyai sistem elektronik yang berupaya mengusung dan dapat mengurangkan risiko sekiranya usungan itu terjatuh ketika diangkat oleh paramedik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >