Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Amerika jamin perjanjian Aukus bakal perkuat keamanan, kemantapan Asean yang dialu-alu S'pura: PM Lee

Oct 26, 2021 | 11:57 PM



SINGAPURA mengalu-alukan jaminan Amerika Syarikat bahawa perjanjian pertahanan tiga hala terkininya dengan Australia dan Britain akan menyokong pemusatan Asean dan menyumbang pada keamanan dan kestabilan serantau, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Selasa (26 Oktober). 



Beliau juga menyambut baik pengumuman Amerika mengenai inisiatif baru bernilai AS$102 juta ($137.3 juta) bagi memperluas kerjasama dengan Asean, dengan dana itu diperuntukkan bagi program kesihatan, iklim, ekonomi dan pendidikan.



PM Lee berucap di Sidang Puncak Amerika Syarikat-Asean yang diadakan secara maya dan dihadiri pemimpin serantau dan Presiden Amerika, Encik Joe Biden. Ini adalah kali pertama dalam empat tahun di mana Washington menghantar perwakilan tertingginya bagi bertemu kumpulan pemimpin Asia Tenggara.



Perkara ini berlaku tidak lama selepas pentadbiran Biden menghantar sekumpulan pegawai kanan ke negara anggota Asean, dengan Naib Presiden Kamala Harris baru-baru ini berkunjung ke Singapura dan Vietnam pada Ogos.



Namun, beberapa bahagian rantau ini memprotes apabila Amerika mendedahkan satu perjanjian dengan Britain bagi membekalkan Australia dengan kapal selam berkuasa nuklear.



Indonesia dan Malaysia meluahkan ketidakselesaan mengenai potensi unjuran kuasa ini. Duta Amerika di Jakarta pula menegaskan bahawa tiga sekutu yang terlibat menghormati sepenuhnya pemusatan Asean dan perjanjian yang dikenali sebagai Aukus itu tidak membawa ancaman kepada kemantapan serantau dan tidak ditujukan kepada mana-mana negara. 



Aukus secara umum dilihat sebagai tindak balas pada ketenteraan China di Asia Tenggara dan Laut China Selatan khususnya, di mana Beijing mengambil hak kedaulatannya.



Pada Selasa, PM Lee menjelaskan bahawa Amerika telah menyumbang banyak selama berdekad lamanya kepada keselamatan dan kemantapan rantau ini, membawa pada keamanan dan kemakmuran buat banyak negara.



"Secara khusus, rantau ini meraih manfaat daripada usaha menangani pengganasan hasil pimpinan Amerika," katanya sambil menjelaskan bagaimana campur tangan Amerika di Afghanistan membantu mencegah perbuatan ganas di merata dunia termasuk di Asia Tenggara.



Selepas hampir dua dekad, tentera Amerika mula berundur dari Afghanistan pada Mei tahun ini, membawa pada kemuncak wujudnya kejadian meresahkan pada Ogos sedang militan Taliban merampas ibu kota Kabul dengan penduduk tempatan mula membanjiri lapangan terbang dengan harapan untuk meninggalkan negara itu. 



Singapura menyalur sokongannya dengan mengerahkan Pesawat Tangki dan Pengangkut Berbilang Fungsi bagi membantu memindahkan sekitar 2,200 pegawai dari Qatar ke Jerman, kata PM Lee.



Dalam ucapannya, PM Lee turut melahirkan betapa Singapura amat prihatin tentang pengganasan yang berlarutan di Myanmar, yang kekal dalam keadaan tindakan keras dan protes membelenggunya sejak pemerintah awam digulingkan oleh pihak tentera pada Februari.



"Kami terus meminta agar semua tahanan politik dibebaskan serta-merta termasuk Presiden Win Myint, Kaunselor Negara Aung San Suu Kyi dan warga Amerika, Danny Fenster," jelas PM Lee.



Encik Fenster, seorang wartawan, ditahan sejak Mei kerana didakwa menggalak rasa kurang senang terhadap pihak tentera. 



"Kami kecewa dengan kurangnya kemajuan yang dapat dilihat," jelas PM Lee, merujuk pada pelaksanaan "persetujuan lima isu" yang dipersetujui pada April bagi Myanmar menamatkan permusuhan, melaksanakan dialog, membolehkan sokongan kemanusiaan dan membenarkan akses penuh negara itu buat utusan khas.



Kegagalan Ketua Junta, Min Aung Hlaing, memenuhi lima isu ini menyebabkannya dipinggirkan daripada Sidang Puncak Asean dalam satu langkah yang jarang dilakukan oleh kumpulan yang dikenali kerana prinsip tidak masuk campurnya.



PM Lee juga mengucapkan terima kasih kepada Amerika kerana menyumbang tambahan AS$180 juta dalam bentuk bantuan kemanusiaan buat mereka yang terjejas oleh keadaan Rakhine di Myanmar dan krisis pelarian Rohingya, yang kekal tidak dihurai lebih empat tahun selepas ratusan ribu orang dibunuh atau dibuang negara dalam satu operasi menakutkan bagi membersihkan kaum yang dijalankan oleh pihak tentera.



Pada sidang Selasa itu, yang merupakan hari pertama daripada tiga hari mesyuarat diadakan, PM Lee juga menganggap Amerika sebagai sumber terbesar pelaburan langsung negara asing bagi Asean, tahun lalu, dengan pelaburan mencecah hampir AS$35 bilion.



Amerika juga menghantar lebih 30 juta dos vaksin Covid-19 kepada rantau ini; menyalur AS$500,000 kepada dana respons pandemik Asean; dan menubuhkan pejabat serantau Asia Tenggara di Hanoi bagi Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika.



"Memandang ke depan, Asean dan Amerika harus memperluas kerjasama kita kepada bidang bukan tradisional termasuk prasarana digital, keselamatan siber dan perubahan iklim," kata PM Lee.



Dengan ekonomi digital Asean diramalkan mencecah AS$200 bilion menjelang 2025, masanya sudah sampai bagi revolusi teknologi dengan peluang menjanjikan bagi kedua-dua syarikat serantau Amerika agar bekerjasama dalam menyusuri arus ini, tambahnya.



"Pada masa yang sama, sebanyak ini yang kita boleh lakukan untuk bekerjasama dan membangun ekonomi hijau lagi mampan," ujarnya.



PM Lee mengiktiraf usaha Encik Biden memulakan sidang puncak iklim secara maya bersama pemimpin dunia pada April dan berkata beliau menantikan masa bertukar-tukar pandangan mengenai tindakan iklim pada sidang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Persidangan Perubahan Iklim ke-26 (COP26), minggu depan.



Perbincangan di Glasgow mulai 31 Oktober hingga 12 November dianggap sebagai peluang terbaik dan terakhir dunia dalam mengekang pemanasan sejagat pada 1.5 hingga 2 darjah Celsius, sebagaimana yang ditetapkan dalam Perjanjian Paris 2015.



Perjanjian itu menggesa negara sedunia agar mengambil tindakan progresif bagi mengurangkan cap kaki karbon mereka.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >