Amerika salah tulis Singapura sebahagian Malaysia

JABATAN Negara Amerika Syarikat membuat kesilapan dengan menyatakan bahawa Singapura merupakan sebahagian Malaysia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berhubung sidang puncak Trump-Kim semalam (12 Jun).

Presiden Amerika, Encik Donald Trump, dan pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong Un, telah bertemu buat kali pertama di Hotel Capella di Sentosa semalam.

Kenyataan itu dikeluarkan di laman web Jabatan Negara itu, namun kemudian dibetulkan selepas ia mula tular di media sosial.

Bagaimanapun, ia tetap mengundang kecaman daripada pengguna media sosial yang menyuarakan rasa kesal mereka.

Dalam transkrip taklimat yang disampaikan Setiausaha Negara Amerika, Encik Mike Pompeo, kelmarin itu, ia menyatakan bahawa taklimat itu diadakan di “JW Marriott, Singapore, Malaysia”.

Menerusi laman Twitter, seorang pengguna @BrioS-BRxV berkata: “Jabatan Negara Amerika masih fikir Singapura terletak di Malaysia.”

Seorang lagi pengguna @boblskee pula berkata:

“Trump merancang untuk membantu menganjurkan sidang puncak bagi penyatuan Malaysia-Singapura tidak lama lagi?”

Waktu Solat

Subuh
5:29
Syuruk
6:47
Zuhur
12:51
Asar
4:07
Maghrib
6:52
Isyak
8:02
3 HR PSI: 33
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.