Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Amir Qatar lawat S'pura

Oct 16, 2017 | 08:31 PM



AMIR Qatar, Sheikh Tamim Bin Hamad Al Thani, berada di Singapura bagi satu lawatan rasmi semalam dan hari ini.



Sheikh Tamim antara lain ditemani Menteri Luar Qatar Sheikh Mohammed Bin Abdulrahman Bin Jassim Al Thani, Menteri Perniagaan dan Ekonomi Qatar Sheikh Ahmed Bin Jassim Al-Thani, Menteri Budaya dan Sukan Qatar Salah Bin Ghanem Al Ali, pegawai kanan Qatar dan delegasi perniagaan seramai 52 orang.



Sheikh Tamim akan menerima sambutan istiadat di Istana, diikuti pertemuan rasmi dengan Presiden Halimah Yacob, kata kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) hari ini (16 Oktober).



Puan Halimah juga akan menjadi hos satu Jamuan Negara sebagai memberi penghormatan kepada Sheikh Tamim.



Sheikh Tamim juga akan bertemu dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong, dan Encik Lee sebelum beliau menjadi hos satu jamuan makan tengah hari untuk Sheikh Tamim.



Sheikh Tamim dan Encik Lee juga akan menyaksikan pemeteraian beberapa Memorandum Persefahaman dan persetujuan dalam pelbagai bidang termasuk perundangan, perniagaan, pendidikan dan latihan.



Sempena lawatan rasmi itu, Persekutaan Perniagaan Singapura dan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Qatar akan menganjurkan Forum Perniagaan Qatar-Singapura bagi menggalak pertalian ekonomi lebih kukuh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >