Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AMM Ke-55: Menteri-Menteri Luar Asean bincang perkembangan terkini serantau, sedunia

Aug 03, 2022 | 09:40 PM



MENTERI-Menteri Ehwal Luar Asean  telah berbincang secara meluas tentang perkembangan terkini serantau dan sejagat termasuk situasi di Myanmar, pencerobohan Russia ke atas Ukraine dan perkembangan rentas selat di Mesyuarat Menteri Luar Asean (AMM) Ke-55 yang berlangsung di Phnom Penh, Kemboja, hari ini (3 Ogos).



Menteri Ehwal Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, kini berada di Phnom Penh bagi menghadiri mesyuarat itu.







Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA),  Asean menarik perhatian bahawa tiada kemajuan dicapai dalam pelaksanaan Konsensus Lima Perkara (5PC) dan keputusan tentera Myanmar menjalankan hukuman mati ke atas empat aktivis pembangkang menjelang AMM Ke-55 itu merupakan rintangan serius terhadap usaha Asean cuba mencapai penyelesaian yang aman dan perdamaian nasional di Myanmar.



MFA berkata Asean turut mengulangi pentingnya untuk terus melaksanakan 5PC kerana tanpa kemajuan dalam hal ini, usaha terus mendekati tentera Myanmar juga akan terhad.



Dr Balakrishnan mengulangi gesaan untuk membebaskan semua tahanan politik Myanmar termasuk Presiden Win Myint dan Kaunselor Negara Aung San Suu Kyi, sementara Utusan Khas Asean bagi Myanmar diberi akses kepada semua pihak berkepentingan.





Menteri Luar Asean turut membincangkan kesan negatif pencerobohan Russia ke atas Ukraine, khususnya pada harga makanan dan tenaga serta perkembangan rentas selat di mesyuarat itu.



“AMM membincangkan perkembangan rentas selat dengan prihatin.



“Hubungan Amerika Syarikat-China yang stabil adalah penting bagi keamanan dan kemakmuran serantau.



“Singapura berharap Amerika dan China boleh mencapai modus vivendi, atau kesepakatan sementara sebelum mencapai penyelesaian, mengawal diri dan menahan diri daripada tindakan yang akan meningkatkan lagi ketegangan,” kata MFA.







Dr Balakrishnan turut bertemu dengan Perdana Menteri Kemboja, Encik Hun Sen, serta Menteri Luar Asean lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >