Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Amos Yee mengaku bersalah bagi tiga tuduhan lagi

Aug 25, 2016 | 07:32 AM



SEHARI selepas mengubah keputusan dan mengaku bersalah terhadap dua tuduhan gagal hadir di balai polis, blogger remaja Amos Yee mengaku salah lagi bagi tiga pertuduhan menguris perasaan agama.



Pada Rabu (24 Ogos), hari keempat perbicaraan, Yee, 17 tahun, mengaku bersalah memuat naik satu pos Facebook dan satu post blog menghina Islam dan satu video yang orang Kristian akan mendapati menyakitkan hati.



Dia melakukan jenayah itu antara November tahun lepas dan April lalu.



Dalam pos blog bertarikh 17 Dis, Yee juga menulis: "Saya agak kecewa apabila orang Kristian dan Muslim mendakwa bahawa mereka tidak tersinggung oleh komen saya."



Hukuman maksimum bagi setiap satu daripada tiga pertuduhan itu ialah penjara tiga tahun dan denda. Hakim Daerah Utama Ong Hian Sun akan menjatuhkan hukuman ke atas Yee pada masa akan datang.



Dengan ini, Yee mempunyai tiga pertuduhan lagi yang dia masih cabar. Dia didakwa menyiarkan satu gambar dan dua video dalam talian, antara April dan Mei lalu, dengan niat menyakitkan perasaan umat Islam.



Hari kelima perbicaraan tiga tuduhan itu, yang akan didengar di hadapan Hakim Daerah Lim Tse Haw, akan diadakan pada masa akan datang. Pembelaan Yee akan dipanggil selepas pihak pendakwaan menutup kesnya.



Pada hari pertama perbicaraan pada Rabu lepas, Yee, yang tidak mempunyai peguam, mengesahkan dia akan mencabar semua lapan tuduhan, tetapi memberitahu hakim pada hari yang sama dia sedang menimbangkan mengaku bersalah.



Selepas percubaan yang gagal untuk menyelesaikan kes itu tanpa perbicaraan, ia disambung Khamis lalu, dengan Yee memohon penangguhan dua bulan tetapi ditolak.



Pada Selasa (23 Ogos), dia mengaku bersalah terhadap dua tuduhan tidak hadir di balai polis. Hukuman maksimum bagi setiap tuduhan itu ialah penjara sebulan dan denda $1,500.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >