Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Amos Yee mengaku salah atas dua kesalahan

Remaja mohon tidak mengaku salah atas enam tuduhan melukakan hati masyarakat Islam, Kristian
Aug 23, 2016 | 06:02 PM



PENULIS blog, Amos Yee, hari ini mengaku salah atas dua tuduhan - gagal untuk melaporkan diri di balai polis.



Remaja berusia 17 tahun ini bagaimanapun memohon dibicarakan bagi enam tuduhan melukakan perasaan masyarakat beragama.



Yee membuat pengakuan itu pada hari ketiga perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Negara, lapor akhbar The Straits Times.



Dia mengaku salah kerana tidak menghadirkan diri di Balai Polis Divisyen Jurong pada 9 pagi, 14 Disember 2015, meskipun telah diberi notis oleh seorang anggota polis untuk berbuat demikian.



Dia juga mengaku salah bagi tuduhan serupa - gagal menghadirkan diri di balai polis yang sama pada 9 pagi, 10 Mei lalu, meskipun diarahkan Magistret.



Hakim Daerah Utama Ong Hian Sun akan menjatuhkan hukuman ke atas Yee atas dua kesalahan itu, yakni melanggar arahan pihak berkuasa, pada satu tarikh lain, selepas perbicaraan bagi enam tuduhan yang dihadapinya.



Hukuman maksimum untuk setiap kesalahan adalah satu bulan penjara dan didenda $1,500.



Mahkamah diberitahu bahawa notis polis telah dikeluarkan ke atas Yee di rumahnya di Shunfu Road, dengan disaksikan ibunya pada 12 Disember 2015.



Tiga anggota polis yang menyerahkan notis itu juga memberitahunya bahawa dia perlu menghadiri satu temuduga di balai polis.



Yee bagaimanapun berlepas ke Hong Kong dengan menaiki pesawat pada 4.35 pagi pada 10 Disember.



"Semasa (Yee) berada di luar Singapura, dia membuat beberapa kenyataan secara dalam talian, mengakui bahawa dia telah diserahkan notis tersebut," kata Timbalan Pendakwa Raya, Encik Andre Chong.



"Dia juga menyatakan di dalam kenyataannya itu bahawa dia melarikan diri dari polis, dan dia tidak punya niat untuk menghadiri temuduga tersebut," ujar pendakwa raya lagi.



Yee kembali ke Singapura sekitar 10.45 malam pada 20 April lalu.



Pada 3 Mei, seorang Magistret telah mengeluarkan waran yang menghendaki Yee menghadiri satu temuduga di Balai Polis Divisyen Jurong pada 9 pagi, 10 Mei lalu.



Polis telah memohon waran tersebut.



Tiga anggota polis telah menyerahkan waran tersebut kepada Yee di rumahnya, dengan kehadiran kedua-dua ibu bapanya, pada 4 Mei lalu.



Anggota polis juga menyuruhnya tandatangan, sebagai mengesahkan penerimaan waran tersebut, tetapi dia enggan berbuat demikian.



Pada 9 Mei, Yee sekali lagi cuba meninggalkan Singapura untuk ke Hong Kong.



Bagaimanapun, dia telah ditahan dan diarahkan supaya menyerahkan pasportnya.



Namun, Yee tetap tidak menghadiri temuduga itu keesokannya.



Pada 11 Mei, dia telah diberkas dan telah dijamin keluar oleh ibunya.



Yee telah didakwa pada Mei lalu dengan lapan kesalahan - termasuk enam yang bertujuan melukakan perasaan orang Islam atau Kristian.



Dia didakwa memuatnaikkan sekeping gambar dan lima video, yang antaranya menunjukkan dia menghina kitab Al-Quran dan Injil.



Pada awal perbicaraannya Rabu lalu (17 Ogos), Yee memilih untuk kesemua lapan kesnya dibicarakan.



Remaja berkenaan, yang tidak diwakili peguam, juga berkata dia ingin memeriksa balas saksi pihak pendakwa.



Tetapi tidak lama selepas perbicaraan bermula, dan sebelum saksi pertama dipanggil, Yee memberitahu Hakim Daerah Lim Tse Haw bahawa dia ingin "mengambil satu pendekatan lain", di mana dari segi bahasa undang-undang, menandakan keinginannya untuk mengaku salah.



Yee berkata, dia baru-baru ini mendapat tahu tentang proses Huraian Kes Jenayah (CCR), satu saluran untuk menghuraikan sesuatu kes tanpa menjalani perbicaraan.



Hakim menetapkan kes itu menjalani CCR, di mana si tertuduh boleh memohon untuk mengetahui tempoh hukuman yang akan dijalaninya.



Tetapi disebabkan tiada huraian dicapai semasa sesi tertutup CCR itu, kes telah dikembalikan ke mahkamah untuk dibicarakan pada 18 Ogos lalu.



Sejauh ini, tiga pegawai teknologi forensik telah memberi keterangan di perbicaraan ini.



Para pegawai telah mendedahkan data dari laman Internet seperti blog dan laman media sosial dan menganalisa komputer riba dan telefon Yee.



Pihak pendakwa raya akan menampilkan tujuh saksi, kesemuanya anggota polis.



Hukuman maksimum bagi kesalahan melukakan hati masyarakat beragama secara sengaja adalah tiga tahun penjara dan didenda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >