Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AMP buka ruang bagi orang ramai sertai forum jelang konvensyen

Sep 23, 2022 | 05:30 AM



ORANG ramai boleh menyertai forum dalam talian untuk turut serta dalam perbincangan menjelang Konvensyen AMP Singapura pada 15 Oktober ini.



Lima isu utama akan dibincangkan di Konvensyen AMP yang keempat itu yang akan berlangsung di MAX Atria di Singapore Expo.



Ini termasuk menyediakan ruang selamat untuk advokasi berkembang maju; penggunaan media sosial yang berkesan dan mengamalkan nilai-nilai Islam (seperti adab dan rasa tanggungjawab) dalam kerja advokasi; memahami lapisan berbeza dalam rangkaian advokasi (seperti keperluan dan ruang untuk kumpulan berlainan); selain peranan wanita sebagai penyokong.



Mereka yang berminat boleh melungsuri www.convo4.sg/communityadvocates.



Mereka juga boleh mengunjungi saluran media sosial Konvensyen di Instagram dan Facebook: instagram.com/convo_4 dan facebook.com/convo4.sg untuk maklumat lanjut.



AMP Singapura menganjurkan konvensyen nasional itu setiap dekad dan menawarkannya sebagai satu wadah bagi golongan karyawan Islam Singapura untuk membincangkan strategi-strategi baru yang boleh mendorong masyarakat Islam Singapura untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.



Setiap konvensyen telah menghasilkan strategi penting dalam pembangunan masyarakat Islam Singapura, termasuk penubuhan AMP pada 1991, iaitu setahun selepas Konvensyen pertama diadakan.



Konvensyen itu juga menawarkan peluang untuk membincangkan isu-isu yang relevan kepada masyarakat di sini.



"Ini sesuatu yang mencerminkan pendekatan AMP yang konsultatif dan kolaboratif," kata AMP dalam satu kenyataannya semalam.



Konvensyen Pertama diadakan pada 1990, Konvensyen Kedua diadakan pada 2000, sementara Konvensyen Ketiga pula diadakan pada 2012.



Konvensyen Keempat ini berbeza daripada konvensyen sebelumnya kerana buat kali pertama ia akan menggunakan pendekatan pemikiran reka bentuk yang berpusatkan manusia.



Menerusi pendekatan itu, konvensyen ini akan menumpukan perhatian pada isu-isu dari sudut empat persona penting dalam pembangunan jangka masa panjang masyarakat, iaitu golongan belia, penyokong masyarakat, keluarga dan warga emas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >