Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AMP cadang jual ruang pejabat di Guthrie Building

Jul 16, 2021 | 05:30 AM



AMP Singapura merancang untuk menjual salah satu unit ruang pejabat mereka di Guthrie Building didorong antara lain perubahan dalam pasaran hartanah setempat ekoran pandemik Covid-19.



Namun rancangan tersebut perlu mendapat kelulusan anggota AMP sebelum ia boleh dijual dalam satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang akan diadakan pada 28 Julai ini.



Pengerusi AMP, Dr Md Badrun Nafis Saion, berkata AMP kini memiliki dua unit pejabat di Guthrie Building di 150 Changi Road.



Salah satu daripada unit itu digunakan sebagai ruang kerja-bersama atau co-working space yang diuruskan AMP.



Unit ini akan terus digunakan AMP.



Bagaimanapun AMP mempunyai rancangan untuk menjual unit kedua yang sebelum ini digunakan oleh anak syarikat pertubuhan tersebut, MERCU Learning Point, yang digunakan sebagai ibu pejabat mereka hingga Januari lalu.



MERCU sudah pun berpindah ke ruang pejabat lain yang memenuhi keperluan operasi mereka.



Menurut Dr Badrun, tahun lalu, Jawatankuasa Kewangan dan Pelaburan (FIC) AMP telah membuat penilaian strategik ke atas portfolio pelaburan AMP untuk bersiap sedia menghadapi cabaran dan memanfaatkan peluang dalam dunia pasca pandemik.



Jawatankuasa tersebut juga telah menyarankan agar gabungan aset AMP dinilai semula untuk diimbangi antara aset tetap yang tidak cair seperti hartanah dengan sekuriti pasaran cair.



"Beberapa perubahan juga yang telah dilihat di dalam pasaran hartanah disebabkan pandemik ini, di mana banyak syarikat yang mengurangkan ruang pejabat mereka disebabkan ramai di antara pekerja mereka yang bekerja dari rumah.



"Syarikat-syarikat juga mungkin lebih cenderung memilih ruang pejabat di lokasi yang lebih utama.



"Disebabkan ini, jawatankuasa tersebut membuat kesimpulan bahawa ruang pejabat yang dimiliki AMP di Guthrie Building di Changi Road mempunyai prospek pasaran masa depan yang mencabar," kata beliau kepada Berita Harian (BH) semalam.



Ruang pejabat tersebut dibeli AMP pada Mac 1998 dengan nilai $2.679 juta.



Tinjauan BH menunjukkan ruang pegangan bebas tingkat empat seluas 3,035 kaki persegi itu telah disenaraikan untuk dijual di laman CommercialGuru dengan nilai $3.2 juta.



Ditanya apakah rancangan AMP berhubung hasil penjualan tersebut jika ia berjaya dijual, Dr Badrun berkata atas nasihat Jawatankuasa FIC, AMP akan meneroka pelbagai bentuk sekuriti pasaran untuk menyediakan portfolio yang seimbang.



"Mesyuarakat agung luar biasa (EGM) yang bakal diadakan pada 28 Julai ini bertujuan untuk mendapatkan persetujuan ahli-ahli AMP untuk menjual unit pejabat itu dan juga untuk memberikan mandat kepada Ahli Lembaga AMP membuat keputusan tentang penjualannya dan juga cara untuk menguruskan hasil penjualan tersebut," tambah beliau.



EGM tersebut akan dilakukan secara virtual melalui penstriman langsung dari Common Space, Guthrie Building, sekitar 8 malam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >