Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AMP dan DPPMS perkenal program tingkat upaya niaga mikro

May 21, 2022 | 05:30 AM



PROGRAM baru bertujuan meningkatkan keupayaan perniagaan mikro untuk terus maju dan berkembang telah diperkenalkan bagi menyokong masyarakat perniagaan Melayu/Islam di sini.



Program Pertengahan (Intermediate) AMP x DPPMS untuk Perniagaan Mikro itu merupakan hasil kerjasama AMP Singapura dan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS).



Ia memanfaatkan rangkaian pelatih Akademi DPPMS yang luas dan juga sumber sedia ada dalam masyarakat perniagaan Melayu/Islam, menurut kenyataan bersama kededua badan itu semalam.



Program tiga bulan itu tertumpu kepada bidang seperti identiti jenama, perniagaan digital, ramalan dan analisis kewangan dalam usaha meningkatkan produktiviti perniagaan.



Peserta berpeluang berinteraksi dengan pakar industri, menjalin rangkaian dengan pemilik perniagaan mikro lain, serta mendalami selok-belok operasi perniagaan yang mapan sambil berinteraksi secara peribadi dengan mentor yang disediakan, menurut kenyataan itu lagi.



Program tersebut turut menawarkan peluang bagi para pemilik perniagaan yang berjaya untuk membimbing peniaga baru sekali gus membina ekosistem niaga mikro yang berjaya.



Di akhir program, peserta akan dibimbing menyediakan pelan pemasaran dan kewangan perniagaan untuk diberi kepada panel penasihat.



Mereka juga akan diberi peluang mengendalikan gerai di pasaran untuk menimba pengalaman menjual produk dan berinteraksi dengan pelanggan.



Program itu disasarkan kepada perniagaan kecil yang telah beroperasi selama tiga hingga lima tahun, termasuk mereka yang lulus dari Program Niaga Mikro AMP.



Menurut Presiden DPPMS, Encik Farid Khan, DPPMS menyokong kuat ekosistem perniagaan mikro dan mengalu-alukan kerjasama tersebut.



"DPPMS sentiasa menjadi penyokong kuat ekosistem perniagaan mikro dan kami percaya ini adalah langkah seterusnya dalam membangunkan keupayaan perniagaan mikro kami. Kami berharap dapat bekerjasama dengan AMP untuk terus menyokong komuniti ini," katanya.



Turut mengalu-alukan kerjasama itu, Pengarah Eksekutif AMP, Encik Mohksin Rashid, berkata kerjasama tersebut membolehkan mereka memanfaatkan kekuatan masing-masing bagi menyokong aspirasi perniagaan dari rumah dan memberikan mereka bantuan yang diperlukan.



"AMP komited untuk menyokong para pemilik niaga mikro Melayu/Islam dalam mempertingkatkan keupayaan serta perniagaan mereka dalam jangka panjang, dan kami harap ini akan menyumbang kepada peningkatan sosioekonomi masyarakat kita secara keseluruhan," ujarnya.



Pendaftaran bagi program itu kini dibuka kepada rakyat Singapura atau penduduk tetap Singapura yang memiliki perniagaan mikro yang telah beroperasi selama tiga hingga lima tahun hingga 27 Mei tahun ini.



Pemohon juga perlu mempunyai pelan niaga yang sedia ada. Mereka yang berminat boleh mendaftar menerusi laman bit.ly/IPMB2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >