Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AMP, Jamiyah kecewa tuduhan tidak benar mengenai RRG

Tekankan 'kebaikan menonjol' RRG, gesa masyarakat terus sokong kumpulan
RRG
Mar 12, 2022 | 05:30 AM



DUA badan Melayu/Islam melahirkan rasa kecewa berhubung tuduhan seorang bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Zulfikar Shariff, terhadap Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG).



AMP Singapore, sebahagian daripada Kumpulan Jagaan Lanjut Antara Agensi (ACG) yang melengkapi usaha RRG dengan menyokong keluarga tahanan, menggesa agar semua fakta mengenai RRG disahkan dan jangan sebar kenyataan tidak benar.



Jamiyah Singapura pula berkata melihat sejarah dan sumbangan RRG, yang penting ialah memberi tumpuan pada usahanya dalam pemulihan agama dan bukan asal usulnya.



Zulfikar dipercayai adalah orang di sebalik catatan pos akaun Facebook Fikrah Siyasah yang mendakwa, antara lain, RRG dibentuk untuk "membenarkan penahanan tanpa bicara".



Dalam satu pos Facebook, AMP menarik perhatian usaha RRG dan ACG menangani ideologi radikal yang mengancam fabrik sosial Singapura.



"Sumbangan kami termasuk berkongsi sumber dan berbincang dengan masyarakat lebih luas di Singapura untuk menangani ideologi radikal yang mengancam fabrik sosial negara kita.



"Ini juga sebahagian daripada usaha kami dalam memperkukuh ketahanan sosial negara terhadap radikalisasi dan pengganasan.



"Sebagai masyarakat Islam Singapura, marilah kita bersatu padu terhadap ancaman ini dan memastikan semua fakta mengenai RRG disahkan dan jangan sebar kenyataan tidak benar," kata AMP.



Ia menyeru orang ramai terus menyokong RRG, dan berharap dapat terus bekerja rapat dengannya.



Jamiyah berkata dalam kenyataannya ia tidak melihat sebarang faedah "menimbulkan isu kenapa dan siapa bertanggungjawab dengan tertubuhnya RRG".



Antara dakwaan dibuat Fikrah Siyasah ialah RRG ditubuhkan oleh dua asatizah "atas arahan dan galakan" Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD).



"Isu lebih bermanfaat kepada kita dan patut ditimbulkan ialah, adakah kebaikan yang telah diraih oleh masyarakat Islam kita khasnya dan penduduk Singapura amnya sejak tertubuhnya RRG?" ujar Jamiyah.



Jamiyah menekankan ia masih berpegang teguh pada prinsip utama dan misi yang mencorak teras perjuangannya selama ini - termasuk membantu membina suasana toleransi dan hormat-menghormati antara semua rakyat, tanpa mengira kaum atau agama.



Usaha RRG menjurus kepada matlamat yang sama dengan Jamiyah dan wajar disokong, ujarnya.



"Pertama, menerusi projek kaunselingnya diharapkan individu yang dahulunya terjerumus dalam tindakan ekstremis akan kembali ke pangkal jalan.



"Kedua, kaedah dan pendekatan lembut disertai fahaman Islam yang sebenar yang diterajui RRG dalam usaha mereka membanteras salah faham agama dan tindakan ekstremis kini dicontohi sebagai model oleh beberapa negara.



"Ketiga, jumlah sukarelawan yang berkhidmat dalam RRG kelihatan terus bertambah saban tahun, daripada 11 pada awalnya kepada 46 hari ini, menunjukkan semakin ramai asatizah dan pemimpin masyarakat kita menyokong kegiatan dan hala tuju RRG," ujar Jamiyah, yang menekan ada "kebaikan menonjol mengenai RRG".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >