AMP lancar Cabaran Maya berlari, berjalan, berbasikal dalam usaha biayasama kumpul $100,000 buat penerima bantuan, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:35
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

AMP lancar Cabaran Maya berlari, berjalan, berbasikal dalam usaha biayasama kumpul $100,000 buat penerima bantuan

Jul 21, 2021 | 06:17 PM

BAGI menyambut ulang tahunnya yang ke-30, AMP Singapura telah melancarkan Cabaran Maya (AMPVC) 2021 yang membolehkan orang ramai membiaya sama penerima bantuan AMP menerusi cabaran berlari, berjalan atau berbasikal.

Dalam satu kenyataannya pada Rabu (21 Julai), AMP menjelaskan AMPVC itu bertujuan mengumpul sebanyak $100,000 bagi klien dan penerima bantuan di bawah jagaan AMP.

Ia berlangsung dari 2 Ogos hingga 30 September ini dalam memberi ruang buat sesiapa yang mula bersenam mahupun penggemar senaman  berpengalaman mengumpul dana di samping mengundang keluarga, rakan dan orang ramai agar menyumbang sama menerusi  laman profil mereka di laman web AMPVC. 

Sumbangan tersebut akan disalurkan kepada AMP bagi membantu keluarga berpendapatan rendah, pelajar, belia, dan penerima bantuan lain.

Peserta boleh memilih bagi menyertai dua kategori utama, ‘Berlari/Berjalan’ dan ‘Berbasikal’ secara solo atau berkumpulan (dengan anggota kumpulan antara dua hingga lima orang).

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Menurut AMP lagi, setiap peserta boleh menyelesaikan cabaran terpilih mengikut kadar kebolehan dan di lokasi masing-masing. Para peserta juga dikehendaki merakam dan menyelesaikan cabaran tersebut di dalam lima sesi atau kurang.

Jarak berlari  atau berjalan  buat individu ialah 3, 5 atau 10 kilometer manakala berbasikal pula ialah 10, 20 atau 30 kilometer.

Bagi kumpulan pula, jarak berlari atau berjalan ialah 12, 20 atau 50 kilometer manakala berbasikal pula ialah 30, 120 atau 200 kilometer.

Pendaftaran untuk Cabaran Maya AMP kini  dibuka dan akan ditutup pada 11.59 malam pada 15 September ini.

 Individu dan kumpulan yang berminat boleh mendaftar di laman beralamat VC2021.amp.org.sg. Bayaran $30 seorang dikenakan dengan setiap peserta akan menerima sebuah pingat komemoratif dan sehelai baju-t di akhir tempoh Cabaran Maya berkenaan.

Cik Shazana Sharif, anggota Jawatankuasa Penganjur AMPVC, yang juga Penolong Pengurus Hab Belia AMP, berkata:

 “Pandemik ini telah mengetengahkan kisah-kisah inspirasi warga Singapura yang tampil ke hadapan untuk membantu mereka yang terjejas dek pandemik. Kami ingin menyediakan wadah ini agar lebih ramai lagi yang boleh berbuat demikian untuk menyumbang dan memberi kesan langsung kepada mereka yang memerlukan. 

“Harapan kami adalah wadah ini dapat memberi inspirasi dan memupuk sifat memberi dalam masyarakat Singapura bagi jangka masa panjang.”

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map