Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AMP lancar kempen tajaan jamuan malam sebagai sambutan kemuncak ulang tahun ke-30

Oct 21, 2021 | 08:46 PM



PERTUBUHAN AMP Singapura menyambut ulang tahunnya yang ke-30 tahun ini dengan melancarkan kempen tajaan jamuan malam kepada 1,200 penerima bantuan, sebagai pengganti jamuan gala yang tidak dapat dianjurkan akibat langkah pengurusan selamat Covid-19.



Daripada 1,200 penerima bantuan itu, 123 merupakan benefisiari di tempat perlindungan krisis Casa Raudha, New Hope Community Services dan Star Shelter.


Yang lain merupakan benefisiari program AMP, termasuk penerima bantuan Skim Keluarga Angkat & Belia (AFYS), Pusat Nasihat Hutang (DAC), mereka yang dibantu di bawah Dana Siap Sekolah (RFS) AMP dan juga program belia dan lain-lain yang dianjur AMP.


Mereka akan menerima hidangan nasi ambeng atau nasi ayam penyet yang disajikan di dalam dulang.


AMP dalam kenyataannya pada Khamis (21 Okt) berkata  kempen Penajaan Jamuan Malam itu juga bertujuan menggalak orang ramai bersama-sama menyumbang kepada golongan memerlukan sambil memberi sedikit keceriaan kepada mereka.


Pengarah Eksekutif AMP, Encik Mohksin Rashid, berkata: “AMP ditubuhkan 30 tahun yang lalu oleh sekumpulan individu yang prihatin tentang keadaan dan pencapaian masyarakat kita, dan ingin mendatangkan perubahan positif. Dengan itu, mereka bekerjasama dan menggembleng tenaga masyarakat untuk mencari cara kreatif untuk menangani isu masyarakat kita bersama-sama."


"Dengan semangat yang sama, kami ingin memohon masyarakat agar tampil ke hadapan dan menyumbang, sama ada menerusi kempen ini ataupun dengan cara yang lain. Kita semua sebahagian daripada masyarakat yang sama, dan tiada cabaran yang terlalu sukar untuk kita hadapi jika kita semua menyumbang dengan cara-cara yang terbaik."


Sambutan ulang tahun ke-30 AMP bermula dengan pelancaran logo baru Januari lalu - kali pertama logo itu diubah sejak badan tersebut ditubuh.


Dalam bulan sama, AMP turut melancarkan portal dermanya yang pertama iaitu ampdonate.sg.


Portal itu menyediakan kemudahan kepada penderma dan orang ramai untuk menerima maklumat terkini tentang kempen pengumpulan dana yang sedang dijalankan.


AMP juga melancarkan jualan amal AMPowering Lives Ramadan lalu dan Ogos lalu, ia melancarkan Cabaran Maya AMP pertamanya, di mana orang ramai dijemput mengumpul dana untuk benefisiari AMP sambil mereka menyahut cabaran untuk berjalan, berlari dan juga berbasikal.



AMP juga baru-baru ini melancarkan siri berepisod sejarah lisan yang memaparkan anggota AMP utama yang memberi perspektif mereka tentang perjalanan AMP sepanjang tiga dekad lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >