Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AMP lancar logo baru, pertama dalam tiga dekad

Wadah digital baru kumpul dana antara inisiatif terkini
Jan 01, 2021 | 05:30 AM



SEMPENA meraikan ulang tahunnya yang ke-30 tahun ini, AMP Singapura melancarkan logo barunya - kali pertama logo pertubuhan itu telah direka semula dalam tiga dekad.



Logo baru itu, yang menampilkan nama pertubuhan tersebut dengan gradien warna kelabu hingga ungu, mencerminkan ciri-ciri pandangan moden dan progresif AMP dan mewakili AMP yang diberi nafas baru dan segar bagi perkembangan dalam perkhidmatannya kepada semua masyarakat, termasuk masyarakat Islam Singapura, menurut pertubuhan itu dalam kenyataannya.



Pemangku Pengarah Eksekutif AMP, Cik Zarina Yusof, berkata logo baru AMP itu merangkumi penampilan moden yang melambangkan bagaimana pertubuhan itu memandang ke hadapan sementara warna kelabu hingga ungunya pula mencerminkan kemajuan mereka sejak 30 tahun lalu.



"Logo baru ini merupakan fasa penutup latihan penjenamaan semula kami yang bermula pada Januari 2019 apabila kami menamakan semula Angkatan Karyawan Islam kepada AMP Singapura untuk menandakan langkah kami untuk berkhidmat bukan hanya kepada masyarakat Islam malah juga memastikan kesan dan tanggungjawab kami adalah terhadap semua masyarakat dan masa depan kolektif kita bersama," kata beliau.



Pelbagai inisiatif lain juga akan diperkenalkan AMP sempena sambutan ulang tahunnya, termasuk pelancaran sebuah laman pengumpulan dana berpusat dipanggil ampdonate.sg.



Platform digital baru itu bertujuan menyokong AMP mencapai sasaran pengumpulan dana $2.6 juta tahun ini demi memenuhi keperluan klien mereka.



Laman itu akan memberikan kemudahan kepada orang ramai yang ingin membuat derma dalam talian demi menyokong pelbagai program dan perkhidmatan kelolaan AMP.



Selain itu, ia akan memberikan maklumat dalam masa nyata tentang jumlah dana yang dikumpulkan bagi kempen yang sedang dijalankan.



Orang ramai boleh membuat sumbangan derma melalui kad kredit dan debit, PayNow, perbankan dalam talian dan Giro.




"Logo baru ini merupakan fasa penutup latihan penjenamaan semula kami yang bermula pada Januari 2019 apabila kami menamakan semula Angkatan Karyawan Islam kepada AMP Singapura untuk menandakan langkah kami untuk berkhidmat bukan hanya kepada masyarakat Islam malah juga memastikan kesan dan tanggungjawab kami adalah terhadap semua masyarakat dan masa depan kolektif kita bersama."
- Pemangku Pengarah Eksekutif AMP, Cik Zarina Yusof.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >